Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
SEORANG diri berjalan dekat kawasan ni memang sedikit menggerunkan. Terkadang terasa macam ada mata-mata yang memerhatikan tingkah lakukanya secara diam-diam dan sembunyi-sembunyi. Rayyana menebarkan pandangannya ke sekeliling jalan, tiada sesiapa. Rumah yang ada dekat tepi jalan ni pun macam tak berpenguhuni. Eh apa pula, cuba tengok jam dah pukul berapa... nak senja. Kebiasaan orang kampung sini bila hari dah nak senja anak-anak semua mereka akan arahkan untuk masuk ke dalam rumah dan kalau nak keluar pun lepas maghrib. Itu pun haruslah bertemankan abang atau kakak mahupun ayah mereka. “Kenapa hati aku rasa tak sedap je ni?” Rayyana bermonolog. Beberapa kali dadanya di usap. Mulut terkumat-kamit membaca beberapa potong ayat suci sebagai pelindung diri dari malapetaka. Dalam pada itu, sepasang mata yang tidak jauh jaraknya dengan Rayyana memerhatikan langkah gadis itu. Secara bersemunyi dan senyap dia mengekori Rayyana dari belakang. Senyumannya penuh muslihat melihat gadis itu sekarang seorang diri. Mudahlah kerjanya. Setapak, dua tapak dia mengatur perjalanan. Dengan senyuman sinis bila-bila masa sahaja dia akan keluar munculkan diri di hadapan gadis itu bila keadaan benar-benar bersih tiada orang. Rayyana menoleh ke belakang. Entah kenapa dia merasakan ada yang mengekorinya sejak tadi. tetapi dia tak melihat sebarang kelibat pun yang menemaninya sejak dia balik dari rumah mak su. “Siapa?” Dia berhenti di tengah jalan. Perasaan yang tak enak di layankan sampaikan dia terlupa tentang waktu yang makin meningkat bertemu senja. Dia juga turut menghentikan langkah kakinya bila gadis itu menoleh ke belakang sekilas pandang. Nasib dia sempat tunduk sembunyikan diri dari ketahuan di semak jalanan. “Kau jangan nak main-main dengan aku, karang aku lempar dengan selipar Jepun aku ni!” Amaran Rayyana langsung tidak di hiraukannya. Malah dia tersenyum melihat reaksi yang di tunjukkan gadis gendut yang mula di serang perasaan kurang senang. “Tahu takut...” Bisiknya. “Alah kau ni... aku baru nak main nyorok-nyorok dengan kau, dah suruh aku keluar.” Dengar sahaja suara lelaki berkata di belakangnya, terus dia menoleh. Ketika dia melihat sisi belakang lelaki yang cukup dia kenal tak lain tak bukan si Shahril Fayyad tu, lintang pukang dia berlari tanpa hiraukan jeritan dari Shahril suruh dia menunggu. “Apasal dia tu?” Pelik benar dengan perubahan sikap Rayyana yang terus lari bila dia keluar dari semak belakannya tadi. “Lari macam nampak hantu budak ni.” Sambung Shahril lagi. Suasana tiba-tiba sepi. Seakan dia tersedar tentang hakikat hari kian senja dan dia boleh pula ungkapkan kata-kata yang menyeru hantu keluar dari rumah. Bulu romanya merinding tiba-tiba. “Kamu bawa kawan sekali ke balik?” Tanya ayah dengan wajah yang membengis. “Eh, mana ada ayah. Tak sempat Shahril panggil Rayyana, dia dah lari lintang pukang.” Jawapan Shahril kepada soalan ayahnya. Benar, anaknya tidak membawa kawan tetapi . . Tetapi apa...