Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
Buku ini memberi motivasi kepada penghafaz al-Quran, mengemukakan pelbagai teknik hafazan al-Quran, menyelesaikan hukum berkaitan dengan hafazan al-Quran dan memberi kesedaran betapa perlunya menghafaz al-Quran. Keistimewaan buku ini: • Memberi motivasi kepada penghafaz al-Quran. • Mengemukakan pelbagai teknik hafazan al-Quran. • Menyelesaikan pelbagai hukum berkaitan hafazan al-Quran. • Memberi kesedaran betapa perlunya hafazan al-Quran. Buku ini amat berguna sebagai panduan dan pedoman bagi pelajar-pelajar di: • Maahad Tahfiz • Sekolah Imtiyaz • Maktab Rendah Sains MARA Ulul Albab • Pusat Pengajian Tinggi dan Universiti Firman Allah SWT وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ Maksudnya: “Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)”. [al-Qamar:17] Daripada Uthman RA, bahawa Nabi SAW bersabda: خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ Maksudnya: “Sebaik-baik kamu ialah mereka yang belajar al-Quran dan mengajarkannya”.[Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 5027] Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW: إِنَّ الَّذِي لَيْسَ فِي جَوْفِهِ شَيْءٌ مِنَ القُرْآنِ كَالبَيْتِ الخَرِبِ Maksudnya: “Orang yang tidak ada di dalam dadanya sepotong pun ayat ibarat Al-Quran adalah seperti rumah yang ditinggalkan kosong”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2913] [Hadith dinilai oleh Imam al-Tirmizi sebagai Hasan Sahih]
DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI dilahirkan di Terengganu. Beliau melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di Universiti Madinah dalam bidang syariah. Berpeluang belajar secara talaqqi dengan beberapa ulama besar di Madinah. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke Jordan dan di peringkat Sarjana (Master) di Syria, seterusnya di peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) di Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau ialah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan (sejak 2000) dan Terengganu (sejak 2005) dan Pengerusi Majlis Syariah Bank Pertanian Malaysia (sejak 2006).
CONTENT PREVIEW OF THE BOOK
Buku Tips Hafazan Al-Quran ini amat sesuai untuk mereka yang sedang mencari-cari formula untuk menghafaz al-Quran dan juga kepada ibu bapa yang ingin mengurus sendiri anak mereka untuk menghafaz al-Quran.