Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
"Sejuk, nyaman dan sesuai membasahkan tekak selepas makanan utama. Ada orang memanggil pencuci mulut atau dessert sebagai puding, jeli atau agar-agar. Apakah pula perbezaannya? Agar-agar selalunya amat mudah. Bahan-bahan utama adalah serbuk agar-agar, air, gula dan pewarna atau perisa. Sementara jeli pula menggunakan serbuk gelatin, air, gula dan pewarna atau perisa. Ada juga jeli yang menggunakan serbuk jeli konnyaku. Terdapat jeli yang tidak perlu dimasak, cukup sekadar dicampur dengan air panas. Lazimnya, puding pula menggunakan serbuk agar-agar (juga serbuk gelatin) serta salah satu atau semua bahan seperti susu cair, susu segar, santan, telur, tepung jagung atau tepung kastard dan lain-lain. Puding selalunya berwarna-warni atau berlapis-lapis serta mempunyai campuran bahan lain, misalnya biskut, roti, coklat dan sebagainya. Puding Kelapa, Jeli Lapis Durian, Agar-agar Sifon atau Puding Tiramisu Oreo pasti dapat meriangkan hati keluarga serta rakan taulan. Kebanyakannya menggunakan bahan-bahan asas yang mudah dicari dan ringkas pula cara memasaknya. Puding dan jeli yang berwarna-warni, manis dan berlemak, kenyal atau cair di dalam mulut – semuanya ada di dalam buku ini. Nikmati kesemua 25 resipi yang mudah, enak dan ‘Pasti Jadi’ yang dipersembahkan di sini. Anda tidak akan kecewa, percayalah!
"• Dilahirkan di Bentong, Pahang. Merupakan pelajar di Assunta Convent MGS Kuantan. Meneruskan pengajian di Grimsby College of Technology dan Cardiff Tutorial College, United Kingdom. Pernah bekerja di firma swasta serta menjadi guru sandaran. Menjadi chef jemputan di Blue Wave Hotel, Shah Alam. Pernah terlibat dengan projek santapan di Restoran Mamanda, Singapura. Merupakan Adjunct Lecturer di Management and Science University, Shah Alam. • Telah menulis 122 buah buku dalam pelbagai genre. Antaranya 88 buah buku masakan dan ada yang dijual di Australia. Hasil sastera yang lain termasuklah novel, buku kanak-kanak, bukan fiksyen, buku coffee-table dan majalah. Drama 20 episod yang ditayangkan di Astro adalah diinspirasikan daripada novel ‘Ulam Kasih Sambal Cinta’. • Dilantik sebagai moderator untuk bengkel penulisan novel dan masakan. Dijemput sebagai ahli panel untuk forum dan seminar yang dianjurkan oleh sekolah, kolej dan universiti. Pernah muncul dalam lebih 100 program TV dan radio. Turut menjadi co-host “Bake & Sell” (rancangan realiti TV). Selain itu, merupakan Brand Ambassador bagi minyak masak Vesawit. • Sebagai Pembentang Kertas Kerja di Kongres Warisan Melayu Sedunia. Juga aktif sebagai editor Persatuan Sejarah Selangor dan Ahli Chefs Association of Malaysia.
CONTENT PREVIEW OF THE BOOK
"Kandungan 4 Prakata 6 Biodata 7 Pengenalan – Puding & Jeli Kesukaan 8 Ramuan yang Digunakan 12 Jeli Kelapa 14 Dadih Coklat 16 Jeli Mojito 18 Jeli Liat Mangga 20 Agar-agar Sifon 22 Puding Prun 24 Puding Tepung Beras 26 Jeli Pelangi 28 Puding Tauhu 30 Puding Lapis Batik 32 Agar-agar Teh Tarik 34 Jeli Kelapa Bangkok 36 Jeli Mentega Kacang 38 Agar-agar Ubi Kentang 40 Puding Roti 42 Jeli Mangga Aiskrim 44 Puding Mentega 46 Jeli Cermin 48 Puding Kastard 50 Jeli Mangga Dadih 52 Puding Lapis Durian 54 Jeli Pulut Hitam 56 Jeli Sagu 58 Jeli Strawberi 60 Puding Tiramisu Oreo "