Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
“ Aleesya Syaurah binti Ahmad Kamil. Aku ceraikan engkau dengan talak satu. Berambus kau dari hidup aku!” – Emir Haidar Kisah Emir Haidar dan Aleesya Syaurah yang berpisah kerana satu tragedi yang berlaku. Aleesya membawa diri ke Kuala Terengganu manakala Emir Haidar membawa diri ke Busan, Korea. Ketika sedang melayan perasaan rawan di hadapan Masjid Terapung, Aleesya ditegur oleh seorang lelaki yang dikenalinya. Allah temukan Aleesya dengan lelaki itu dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Orang yang dia benci itulah yang cuba membantu menenagkannya. Bermulalah episod baharu dalam hidupnya bila Aleesya ditawarkan bekerja di pejabat lelaki tersebut. “ Saya rasa saya dah jatuh hati dengan orang yang sedang pegang baju kurung warna kuning tu. Agak-agaknya dia sudi tak terima saya? - Zafril Rahimi Emir Haidar menyesal kerana menceraikan Aleesya Syaurah, dia balik ke Malaysia dan terkejut melihat keadaan Aleesya Syaurah yang berbadan dua semasa pengkebumian ibu mertuanya. Emir Haidar menjadi bos di tempat Aleesya mencari rezeki dan bermulalah misi Emir Haidar untuk memikat semula hati bekas isterinya itu.