Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
Sesungguhnya kedatangan Alfonso de Albuquarque dan penjajah-penjajah Eropah yang lain ke Nusantara ini bukanlah secara kebetulan atau atas faktor perdagangan rempah semata-mata. Seorang pengkaji, Rene Abrecht-Carrie mengatakan sebenarnya sehingga abad ke-16 Masehi, orang Eropah masih primitif dan kelam-kabut mengenai geografi dan pelayaran. Tetapi kerana rancangan untuk menghancurkan kuasa politik Islam mereka berlayar ke Timur dan menjajah Melaka. Di mana-mana tempat yang beliau singgah, beliau telah memperlakukan penduduk peribumi dengan cara yang amat licik dan terancang.