Product Info
Description
PRODUCT INFORMATION
"Sebut saja coklat, pasti ramai yang terliur. Ia kegemaran semua daripada kanak-kanak kepada orang dewasa dan orang-orang tua. Malah ia adalah cenderahati yang pasti membuat penerimanya tersenyum lebar. Jadi, bolehkah anda buat coklat sendiri? Jawabnya, ya! Pelajari aneka cara untuk menyediakan snek coklat lazat yang mudah dan menarik. Resipi yang ada memang sesuai bukan saja untuk sarapan, minum petang atau di majlis ulangtahun. Yang paling mustahak, anda perlu ikuti cara mencairkan coklat iaitu ‘double-boiler’. Kaedahnya, cincang coklat dan letak dalam mangkuk tahan panas. Kemudian letak mangkuk di atas periuk berisi air mendidih perlahan. Kacau sehingga coklat cair. Ia juga boleh dicairkan di dalam ketuhar gelombang mikro. Pastikan mangkuk, pisau, sudu dan tempat pemotong kering. Jangan biarkan walau setitik air atau wap masuk ke dalam coklat kerana tekstur coklat akan berubah menjadi keras. Gunakan coklat bermutu tinggi. Sesetengah coklat cip sukar cair dan hanya sesuai untuk membuat biskut. Hiburkan hati dengan 25 resipi menggunakan coklat dengan hasil yang mempesonakan dan pastilah ramai yang gembira menikmatinya. Mungkin anda juga boleh menjual coklat buatan sendiri untuk menambah pendapatan.
"• Dilahirkan di Bentong, Pahang. Merupakan pelajar di Assunta Convent MGS Kuantan. Meneruskan pengajian di Grimsby College of Technology dan Cardiff Tutorial College, United Kingdom. Pernah bekerja di firma swasta serta menjadi guru sandaran. Menjadi chef jemputan di Blue Wave Hotel, Shah Alam. Pernah terlibat dengan projek santapan di Restoran Mamanda, Singapura. Merupakan Adjunct Lecturer di Management and Science University, Shah Alam. • Telah menulis 122 buah buku dalam pelbagai genre. Antaranya 88 buah buku masakan dan ada yang dijual di Australia. Hasil sastera yang lain termasuklah novel, buku kanak-kanak, bukan fiksyen, buku coffee-table dan majalah. Drama 20 episod yang ditayangkan di Astro adalah diinspirasikan daripada novel ‘Ulam Kasih Sambal Cinta’. • Dilantik sebagai moderator untuk bengkel penulisan novel dan masakan. Dijemput sebagai ahli panel untuk forum dan seminar yang dianjurkan oleh sekolah, kolej dan universiti. Pernah muncul dalam lebih 100 program TV dan radio. Turut menjadi co-host “Bake & Sell” (rancangan realiti TV). Selain itu, merupakan Brand Ambassador bagi minyak masak Vesawit. • Sebagai Pembentang Kertas Kerja di Kongres Warisan Melayu Sedunia. Juga aktif sebagai editor Persatuan Sejarah Selangor dan Ahli Chefs Association of Malaysia.
CONTENT PREVIEW OF THE BOOK
"Kandungan Prakata 6 Biodata 7 Pengenalan – Manisan Coklat Idaman 8 Ramuan yang Digunakan 12 Coklat Truffles 14 Strawberi dengan Coklat Putih dan Gelap 16 Marzipan Bersalut Coklat 18 Gugusan Badam Coklat 20 Kandi Coklat Kelapa 22 Pankek Coklat 24 Jejari Coklat 26 Bebola Coklat Berkeju 28 Rol Coklat Berkacang 30Makarun Coklat 34 Belondi Coklat 36 Jejari Buah Bercoklat 38 Skon Coklat 40 Cawan Coklat dengan Mentega Kacang dan Kelapa 42 Talam Coklat 44 Kastard Coklat 46 Pai Whoopie Coklat 48 Jejari Coklat Putih 50 Bebola Mentega Kacang 52 Tat Coklat Hipster 54 Meringue Coklat Mekar 56 Jejari Bertih Beras 58 Coklat Inti Jeli 60 Biskut Tat Nutella "