9th Birthday Sale
9th Birthday Sale
0

There are 0 item(s) in your cart. ×

You have no items in your shopping cart.

11.11 PROMOTION 2023 / BUKU BAHASA MELAYU

Popular Choice

  1. It'S You, Always You
    By Acik Lana Publisher:BOOKU ENTERPRISE Publication Date:2022-07-01
    Bayangkan bagaimana rasanya bila menjadi saksi pembunuhan bapa saudara sendiri di depan mata. Bukan itu saja, dia diculik dan dilarikan pula jauh ke pulau terasing oleh si pembunuh! Maka dalam setiap hela nafas Jhia, tak ada perasaan lain mampu tercipta buat Zayn selain daripada kebencian dan dendam yang membara. Malah dia yakin dia sanggup membunuh Zayn dengan tangannya sendiri demi menuntut bela kematian pak ngah. Dia sanggup! Terlalu banyak yang terpaksa Jhia lakukan di Learn More
    USUAL: RM34.00

    NOW: RM 34.00 (-0%)

    MEMBER: RM 30.60 (-10%)

  2. TOK ALANG
    By Mohd Faizullizam Publisher:PENA EMAS Publication Date:2023-07-01
    Ada yang percaya, ada yang sebaliknya. Namun perkara yang ghaib itu sememangnya wujud. Malah kewujudan benda-benda ghaib ini telah termaktub di dalam Al Quran 1400 tahun yang lalu. Sebagai hamba yang beriman. Kita diwajibkan untuk mempercayainya, tetapi bukanlah bergantung harap padanya. Namun ada di antara kita yang terpilih untuk dibuka hijabnya malah memikul tanggungjawab tanpa sebarang imbuhan melainkan ganjaran dari Allah semata-mata. Kisah ini membawa kalian, menyelami Learn More
    USUAL: RM35.00

    NOW: RM 35.00 (-0%)

    MEMBER: RM 31.50 (-10%)

  3. HIKAYAT SI KEMBAR 3
    By MOHD FAIZULLIZAM Publisher:PENA EMAS Publication Date:2023-05-01
    KEBANGKITAN CAHAYA SUKMA Sungguhpun berjaya menghalang kemaraan musuh di Wilayah Buana Utara. Ketewasan di wilayah selatan, telah mengangkat Ramasura menjadi penghulu besar bunian setelah wilayah selatan telah lama tidak berpemimpin. Ini bermaksud cabaran getir masih lagi menghantui Ahmad dan Muhammad. Bidak-bidak Tri Mahadewa pasti tidak akan berputus asa di utara manakala Ramasura pasti akan bermaharajalela di selatan. Mampukah mereka berdua memenuhi Ramalan Jagat Raya? Da Learn More
    USUAL: RM40.00

    NOW: RM 40.00 (-0%)

    MEMBER: RM 36.00 (-10%)

  4. HIKAYAT SI KEMBAR 2
    By MOHD FAIZULLIZAM Publisher:PENA EMAS Publication Date:2023-05-01
    RAMALAN JAGAT RAYA Rahsia Ram yang selama ini menyelinap di dalam kelam telah terbongkar. Dengan kehadiran Nyang Putih, ia lebih menyulitkan Ram untuk mengecapi apa yang ingin dihajati. Namun, disangka panas hingga ke petang, tapi rupanya hujan di tengahari. Apakah itu Ramalan Jagat Raya? Apa kaitannya dengan Ahmad dan Muhammad hinggakan timbul siluman-siluman kegelapan yang mengaku sebagai dewa dan dewi, tampil untuk menggagalkan mereka? Kesinambungan kali ini akan dipenuh Learn More
    USUAL: RM40.00

    NOW: RM 40.00 (-0%)

    MEMBER: RM 36.00 (-10%)

  5. HIKAYAT SI KEMBAR
    By MOHD FAIZULLIZAM Publisher:PENA EMAS Publication Date:2023-05-01
    PERMULAAN GALUR ALAM SIGUNTANG Dunia jin digambarkan sebagai dunia yang seakan dunia nyata di sekeliling kita. Berhutan, berpenghuni dan sangat luas. Mendorong dua kembar kacukan jin manusia, Ahmad dan Muhammad beserta adiknya Zaleha, menelusuri liku takdir hidup mereka. Setelah kedua ibu bapa mereka, Merdu dan Megat, dibunuh oleh pemimpin jin yang tidak beragama, Tok Bakawali dengan kejam. Mereka terpisah dalam satu peristiwa yang menyayat hati Muncul dua jin harimau datuk, Learn More
    USUAL: RM40.00

    NOW: RM 40.00 (-0%)

    MEMBER: RM 36.00 (-10%)

  6. SIRI GERBANG PUAKA : GUNDIK UYANG
    By MARIA KAJIWA Publisher:BUKU PRIMA Publication Date:2023-05-01
    ~Pabila mentari pucat-pasi, terbukalah kunci.~ Fenomena jerebu yang melanda negara merisaukan hati Tok Isa. Sumpahan Gundik Uyang terlerai. Keturunan Sultan Sulaiman dan Pawang Taib menjadi buruan. Dia berusaha menentang sebelum lebih ramai yang menjadi mangsa. Namun segala apa yang dicuba ternyata sia-sia, sehinggalah dia kembali ke Hutan Tangga Tujuh menjejak Istana Pelambangan. Apakah rahsia istana itu? Siapakah sebenarnya Gundik Uyang? Learn More
    USUAL: RM14.00

    NOW: RM 12.60 (-10%)

    MEMBER: RM 11.20 (-20%)

  7. SIRI GERBANG PUAKA : ZON HITAM
    By HELMI EFFENDY Publisher:BUKU PRIMA Publication Date:2023-05-01
    ~Tiada yang lebih gelap daripada sisi gelap seorang manusia.~ Lapangan Terbang Hang Nadim di Eurasia dirampas oleh kumpulan pengganas. Dalam masa yang sama, sebuah pesawat yang telah hilang lima tahun lalu muncul secara tiba-tiba. Tidak lama kemudian, lapangan terbang itu diselubungi gelombang hitam yang tidak diketahui dari mana datangnya. Apa sebenarnya yang terjadi? Misteri apakah yang sedang melanda lapangan terbang itu? Bala tidak berhenti menyapa mereka yang berada di Learn More
    USUAL: RM14.00

    NOW: RM 12.60 (-10%)

    MEMBER: RM 11.20 (-20%)

  8. SIRI GERBANG PUAKA : KISAH LATIFAH
    By MARIA KAJIWA Publisher:BUKU PRIMA Publication Date:2023-05-01
    ~Mereka masih mengawal tempat itu…~ Kehilangan adiknya, Bahiyah memaksa Azim bergegas ke sebuah kampung di tepi laut. Azim, Ijam dan Ainuha cuba menjejaki Bahiyah. Namun, pencarian itu membawa mereka bertiga ke sebuah kem tahanan perang dunia kedua di atas sebuah bukit. Di situ, mereka berhadapan dengan pelbagai rintangan dan halangan daripada puaka yang mengawal tempat itu. Apakah punca tempat itu berpuaka? Mampukah mereka berempat keluar dengan selamat? Learn More
    USUAL: RM14.00

    NOW: RM 12.60 (-10%)

    MEMBER: RM 11.20 (-20%)

  9. SIRI GERBANG PUAKA : HOTEL SANS DEVILY
    By EQBAL MOHAYDEEN Publisher:BUKU PRIMA Publication Date:2023-05-01
    ~Anda boleh check-out bila-bila masa. Tapi anda tak boleh keluar dari sini.~ Eric dan Faiz yang bercuti di negeri Melaka Bandar Raya Bersejarah memilih sebuah hotel untuk menginap. Malam pertama di situ, satu per satu kejadian aneh dan menakutkan mula merasuk. Mereka mula bergelut mencari jalan keluar, tetapi dihalang sesuatu yang bersifat misteri. Berjayakah mereka keluar dari hotel puaka itu dengan selamat? Learn More
    USUAL: RM14.00

    NOW: RM 12.60 (-10%)

    MEMBER: RM 11.20 (-20%)

  10. SIRI GERBANG PUAKA : HILANG
    By HASRUDI JAWAWI Publisher:BUKU PRIMA Publication Date:2023-05-01
    ~Apabila yang berada di hadapan mata, bukanlah yang sebenarnya…~ Percutian Naurah, Puteri, Nora, Masni dan Musliha ke Air Papan Mersing dilanda malapetaka selepas mereka menginap di sebuah tempat penginapan jenis hostel yang tidak berpengunjung. Sejak mereka menjejakkan kaki di tempat penginapan itu, Naurah sudah merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Ternyata tebakan dia mengena apabila malam menjelma, mereka hilang seorang demi seorang. Makhluk apa yang telah menculik Learn More
    USUAL: RM14.00

    NOW: RM 12.60 (-10%)

    MEMBER: RM 11.20 (-20%)

  11. SIRI GERBANG PUAKA : PUAKA ORANG-ORANG
    By RIZAL RAMLI Publisher:BUKU PRIMA Publication Date:2023-05-01
    ~Berambuslah kau, jangan ganggu keluarga aku!~ Haji Ismail membawa keluarganya berpindah ke Kelantan kerana kerja. Anak sulungnya, Adam, yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun depan langsung tidak bersetuju walaupun terpaksa akur dengan aturan baru hidup mereka. Remaja itu tidak mahu meninggalkan kehidupan di bandar dan kawan-kawan di sekolah lamanya. Namun, semuanya berubah apabila dia bertemu dengan rakan baru. Isteri Haji Ismail, Puan Salmah dan anak bongsu Learn More
    USUAL: RM14.00

    NOW: RM 12.60 (-10%)

    MEMBER: RM 11.20 (-20%)

  12. SIRI GERBANG PUAKA : GHOST WRITER
    By S. KAUSARI Publisher:BUKU PRIMA Publication Date:2023-05-01
    ~Tulisan itu tulisan syaitan!~ Syeqal Khairi, seorang penulis yang baru menapak dalam industri cuba menulis kisah seram thriller berjudul Puaka ZD2000. Semasa PKP akibat penularan Covid-19, dia ditinggalkan berseorangan di kawasan tempat dia tinggal. Dia kehairanan apabila cerita yang ditulis disambung tanpa mengetahui siapa menulisnya. Tanpa disedari, dia telah membuat pakatan dengan makhluk halus berkaitan dengan cerita yang ditulis. Apa sebenarnya yang terjadi pada Sye Learn More
    USUAL: RM14.00

    NOW: RM 12.60 (-10%)

    MEMBER: RM 11.20 (-20%)

  13. SIRI GERBANG PUAKA : DORM
    By FAIZUL RAHIM Publisher:BUKU PRIMA Publication Date:2023-05-01
    ~Jangan percaya apa yang dilihat, kerana mata bisa menipu!~ Kehilangan Wafiq menimbulkan keraguan kepada diri sahabatnya, Amir. Bangkai kereta yang tersadai kosong tanpa berjasad menambahkan keresahan. Usaha telah dilakukan dengan pelbagai cara. Kejadian bunuh diri di asrama sekolah tempat Wafiq sepatutnya bertugas menjadi titik awal perjuangan Amir mencari sahabatnya itu.Dalam perjuangan itu, Wafiq tersepit antara realiti dan tipu daya syaitan. Antara batil dan yang hak, Wa Learn More
    USUAL: RM14.00

    NOW: RM 12.60 (-10%)

    MEMBER: RM 11.20 (-20%)

  14. SIRI GERBANG PUAKA : DENDAM
    By NASA YUSOF Publisher:BUKU PRIMA Publication Date:2023-05-01
    ~Kau lupa pada janji kau?~ Kejadian yang berlaku pada tahun 1988 tidak pernah dilupakan. Sekolah itu mencatat sejarah paling ngeri, namun kisah itu tidak pernah selesai. Semakin masa berputar, kehidupan mereka yang berkaitan dengan kejadian berjalan seperti biasa. Namun setelah 22 tahun berlalu, kejadian lama berulang kembali. Kehadiran pelajar baru di situ membuka sedikit demi sedikit rahsia yang pernah berlaku suatu masa dulu. Semakin banyak yang terbongkar, semakin ban Learn More
    USUAL: RM14.00

    NOW: RM 12.60 (-10%)

    MEMBER: RM 11.20 (-20%)

  15. SIRI GERBANG PUAKA : SARUNG MANTERA
    By ARIFFUL BAQI Publisher:BUKU PRIMA Publication Date:2023-05-01
    ~Kau lupa pada janji kau?~ Naqi, seorang guru baharu di Sekolah Bukit Lama mengalami pelbagai peristiwa mistik dan paranormal yang amat menakutkan. Semua itu bermula dan semakin menjadi-jadi apabila dia membuka sebuah pintu berkunci yang sering direnung oleh anak muridnya bernama Syafiq. Tanpa diduga, pintu itu telah membebaskan satu entiti yang amat cintakan darah sehingga mengakibatkan kematian yang berulang di Sekolah Bukit Lama. Naqi terpaksa menanggung akibatnya apabi Learn More
    USUAL: RM14.00

    NOW: RM 12.60 (-10%)

    MEMBER: RM 11.20 (-20%)

  16. SERINGAI
    By RIZAL RAMLI Publisher:BUKU PRIMA Publication Date:1905-07-15
    PERTEMBUNGAN ANTARA MANUSIA DENGAN VAMPIRE Azril, seorang pereka grafik secara tidak sengaja terjerumus ke konflik bawah tanah yang sudah berterusan sejak beratus tahun dahulu. Adilya, anak seorang jutawan tempatan, langsung tidak mahu akur dengan sejarah dan tradisi keluarganya. Aziz, bersumpah untuk membalas dendam ke atas kematian anak dan isterinya. Pertemuan secara tidak sengaja antara Azril dengan Adilya di sebuah stesen LRT telah menerbitkan rasa suka. Namun Adilya m Learn More
    USUAL: RM28.00

    NOW: RM 28.00 (-0%)

    MEMBER: RM 25.20 (-10%)

  17. MENTEKEDARAH
    By NATASHA MAZYA Publisher:DEAR NOVELS Publication Date:2023-01-04
    “Sebelum tu, aku nak bagi kau amaran. Bini kau tu, sebaik saja dia dihidupkan semula, dia bukan lagi bini kau yang dulu. Ada kemungkinan dia akan meminta benda yang bukan-bukan. Jadi, kau kena lunaskan permintaan dia sebaik mungkin.” Akibat tidak dapat menerima takdir, Jaafar telah menghidupkan Teh Habibah yang sudah pergi buat selamanya. Namun, apa yang dihidupkan bukanlah sang isteri tercinta, sebaliknya makhluk pemakan daging yang gemarkan manusia sebagai makanan. E Learn More
    USUAL: RM24.00

    NOW: RM 24.00 (-0%)

    MEMBER: RM 21.60 (-10%)

  18. KOTA IBLIS
    By RUBY ANNAS DINI HANANI MOHAMAD KAMAL Publisher:KARYA PUBLIKA Publication Date:2023-03-01
    TAJAU - RUBY ANNAS Mengikut legenda Iban, antu pala berapi adalah paling digeruni. Setiapkali menjelang Gawai Hantu, upacara miring akan dilakukan. Namun, setiap 23 tahun juga, antu pala berapi akan berlegar-legar dan mengganggu penduduk kampung di sekitarnya. Pada keesokan harinya, pasti ada nyawa yang terkorban. Selang 23 tahun kemudian, satu pertelingkahan antara dua puak kaum Iban terjadi dalam merebut cinta seorang wanita bernama Ambon. Ambon telah memilih Sana iaitu seo Learn More
    USUAL: RM28.90

    NOW: RM 28.90 (-0%)

    MEMBER: RM 26.01 (-10%)

  19. SAKA
    By AMRAN JAZEE FITRI HUSSIN EB REEZA Publisher:KARYA PUBLIKA Publication Date:2023-03-01
    DENDAM KESUMAT - AMRAN JAZEE Kerana satu kesilapan kecil yang dilakukan telah mengubah haluan hidupnya. Dia lelaki yang tidak punya apa-apa, tidak mempunyai masa depan. Insiden dengan anak majikannya telah menyebabkan dia hilang kerja. Bukan sahaja kehilangan kerja malahan dia dipukul dengan teruk, maruah dirinya dihina dan dia hampir mati. Dendam pada majikannya semakin membarah. Demi sebuah dendam dia sanggup melakukan apa sahaja. Jalan hitam menjadi pilihan, dia meminta ba Learn More
    USUAL: RM28.90

    NOW: RM 28.90 (-0%)

    MEMBER: RM 26.01 (-10%)

  20. JANGAN BUKA HIJABKU
    By Jeff Hamz Publisher:WHITECOAT Publication Date:2023-06-01
    ”Aku turun dari kereta. Aku perlu siasat apa sebenarnya bunyi pelik di atas bumbung yang mengganggu pemanduanku. Namun baru sahaja kakiku memijak jalan tar, mataku ternampak satu objek putih terbujur di atas bumbung kereta. Seraut wajah pucat bergaun putih memandangku dengan pandangan kosong. Rambutnya sungguh panjang menutup separuh bahu dan muka. Ketika mata kami bertembung, aku terlihat tangannya bergerak. Kukunya sepanjang kira-kira 6 sentimeter itu terketar-ketar cuba Learn More
    USUAL: RM38.00

    NOW: RM 38.00 (-0%)

    MEMBER: RM 34.20 (-10%)

  21. AKU DI BELAKANGMU
    By Abstrakim Publisher:WHITECOAT Publication Date:2023-06-01
    Si pembaca menemui sebuah buku yang menenggelamkan waktunya ke dalam 15 hikayat seram dan misteri yang penuh dengan kejutan. Tanpa si pembaca sedar, dia sedang diperhatikan. Dari mana? Ada pada tajuknya. Oleh siapa? Habiskan dulu membaca. Cuma satu pesanan sebelum terlupa, jangan baca buku ini dalam gelap. Khuatir.......... Learn More
    USUAL: RM38.00

    NOW: RM 38.00 (-0%)

    MEMBER: RM 34.20 (-10%)

  22. Penunggu Lubuk
    By Affieyza Ishak Hafizuddin Ghazali Iza Iman Publisher:Karya Publika Publication Date:2022-12-01
    SINOPSIS : BELENGGU - AFFIEYZA ISAHAK Mawarni, anak kepada pasangan Darus dan juga Manis. Dia anak kesayangan dalam keluarga. Suatu hari, ketika dia bersama abangnya Abey Luqman mengikut ayah mereka pergi mengail ikan ketutu, berlaku satu peristiwa yang merubah kehidupan mereka. Mawarni yang latah orangnya telah terjatuh ke sungai dan dibawa arus menghilang ke pusaran air di Lubuk Sireh. Dia yang dikejutkan oleh abangnya ketika sedang menjamah kuih dangai hasil air tangan si Learn More
    USUAL: RM28.90

    NOW: RM 28.90 (-0%)

    MEMBER: RM 26.01 (-10%)

  23. AURA LUF
    By Syaz Sufiy Publisher:FAJAR PAKEER Publication Date:2023-08-01
    Slapped by the truth or kissed by the lies? Orang lain tidak akan tahu sesakit apa yang sedang menghentam dada kita kerana di luarannya kita nampak hidup dengan sangat baik di dalam kesempurnaan yang indah. Itulah apa yang sedang dilalui oleh Luf Gabriel dan Aura Iman Thania. Aura nekad mahu mencari tahu kisah sebenar di sebalik gahnya nama keluarganya. Dari Rusia ke Malaysia, Aura cuba menguatkan hatinya yang seringkali rapuh itu untuk membela nasib si ibu. Setiap pertemu Learn More
    USUAL: RM28.00

    NOW: RM 25.20 (-10%)

    MEMBER: RM 22.40 (-20%)

  24. MAGNOLIA
    By Suhailah Selamat Publisher:FAJAR PAKEER Publication Date:2023-08-01
    Meski terpisah ruang dan waktu, meski dihadang seribu halangan, akan kupertaruhkan segalanya demi melindungimu hingga ke akhir nafas. Hari yang dianggap cukup menenangkan telah menyaksikan sesuatu yang mengerikan yang tidak terjangkau dek akal. Bagaimana… bagaimana dia boleh menyaksikan keseluruhan adegan itu? Sedangkan skrin besar di hadapannya tidak memaparkan apa-apa langsung kecuali garisan berwarna gelap dan terputus- putus! Sejak dari awal lagi siarannya telah terput Learn More
    USUAL: RM25.00

    NOW: RM 25.00 (-0%)

    MEMBER: RM 22.50 (-10%)

  25. AKU ISTERI GANTI
    By Cheritasis Publisher:DEAR NOVELS Publication Date:2023-08-01
    Jangan pernah jadikan aku pilihan kedua dalam hatimu... Intan Syuhailah – Disebabkan emaknya tak nak dia menjadi anak dara tua, maka Intan pun diperkenal dengan anak Mak Cik Ani yang muda tiga tahun daripadanya. Duda anak satu pula tu! Zharul Ariffin – Laju saja dia terima bila emaknya nak perkenalkan dia dengan anak dara lanjut usia itu. Sebab hati Zharul memang dah tak terberkenan sangatlah pula. Tak kisahlah dia cik adik dan Intan cik kak. Masing-masing dah main mat Learn More
    USUAL: RM29.00

    NOW: RM 29.00 (-0%)

    MEMBER: RM 26.10 (-10%)

  26. JANJI JANGAN PERGI
    By Hanny Esandra Publisher:DEAR NOVELS Publication Date:2023-08-01
    Mula-mula gaduh, lama-lama jodoh. Pelanduk dua serupa! Seiras. Sangat seiras sehingga Saufi Sazali tidak sedar yang dipeluk itu bukan arwah isterinya, tetapi Aufa Falisha. Terkejut betul Falisha bila ada lelaki asing memeluknya. Natijahnya, satu tamparan hinggap pada pipi Saufi, lalu menyedarkannya daripada terus dibuai mimpi. “Saya dah lupakan dan saya dah boleh terima kenyataan yang Ira dah tak ada, tapi kenapa awak muncul dan rosakkan segala-galanya? Awak buat perasa Learn More
    USUAL: RM28.00

    NOW: RM 28.00 (-0%)

    MEMBER: RM 25.20 (-10%)

  27. HEIDI
    By Johanna Spyri Publisher:BIBLIO Publication Date:2023-06-01
    Kisah Heidi merupakan kisah hidup seorang anak yatim yang dihantar mak ciknya untuk tinggal bersama datuknya di banjaran Alps Switzerland. Datuknya yang terkenal dengan sifat perengus itu tinggal seorang diri di banjaran tersebut. Buku ini mengisahkan pelbagai pengalaman hidup Heidi bersama rakan-rakan lain seperti Clara dan Peter. Heidi seorang anak gadis yang periang , pemurah dan selalu bersyukur dengan apa yang dia miliki. Walaupun dia diuji dengan 1001 kesukaran hidup. Learn More
    USUAL: RM17.00

    NOW: RM 17.00 (-0%)

    MEMBER: RM 15.30 (-10%)

  28. PUTERA KECIL (THE LITTLE PRINCE VERSI BAHASA MELAYU)
    By Antoine De Sint-Exupery Publisher:BIBLIO Publication Date:2023-06-01
    "Hal yang penting tidak dapat dilihat dengan mata." Seorang juruterbang yang bosan hidup sebagai orang dewasa, terkandas di Gurun Sahara akibat kerosakan pesawat. Sorang lelaki kecik berpenampilan luar biasa, muncul dari entah mana dan meminta lukisan biri-biri. Mereka bertemu, berkongsi kisah, dan bersahabt. Lalu si juruterbang belajar melihat kehidupan dari sudut berbeza, melalui pengembaraan menakjubkan Putera Kecil le beberapa asteroid sehingga tiba di Bumi. Putera Learn More
    USUAL: RM25.00

    NOW: RM 25.00 (-0%)

    MEMBER: RM 22.50 (-10%)

  29. SUAMIKU DAJJAL - THE FINAL LOVE
    By Aiman Banna Publisher:SYABAB QURAN Publication Date:2023-06-01
    Biarlah satu dunia panggil aku dajjal Namun aku tidak akan pernah berputus asa meninggalkan jahiliah sehingga ajal. Learn More
    USUAL: RM49.90

    NOW: RM 49.90 (-0%)

    MEMBER: RM 44.91 (-10%)

  30. LAGA PUJANGGA
    By Osman Deen Publisher:BUKU JIWA Publication Date:2023-06-01
    Dalam dunia yang mana pantun menjadi realiti, hidup Adwa dirasakan tidak lagi bererti. Bertahun yang lalu, ibunya, Teja Ratna telah menghilangkan diri sebelum berlangsungnya perlawanan terakhir Liga Laga Pujangga, gelanggang bersabung pantun. Bermula dari situ, keluarganya dikeji dan dicaci, memaksa Adwa untuk melupakan cita-citanya untuk menjadi anak seni. Namun, kematian seorang sahabat memaksa Adwa mengikuti pengajian di Akademi Seni Atma Rais Awang (AKSARA), sebuah insti Learn More
    USUAL: RM39.00

    NOW: RM 39.00 (-0%)

    MEMBER: RM 35.10 (-10%)

  31. DUNIA INI SEDERHANA KECIL
    By Bahruddin Bekri Publisher:BUKU JIWA Publication Date:2023-06-01
    Di perhentian bas itu, mereka bertemu. Lelaki muka berminyak. Lelaki gempal yang bermain gitar. Perempuan manis berlesung pipit. Perempuan pemalu bercermin mata. Perempuan garang yang memakai sepit rambut beruang berwarna merah jambu. Kucing yang tidak diketahui siapa tuannya. Pak cik penggemar burung. Tanpa dirancang, kehidupan mereka terhubung dan sebuah cerita lahir di dunia ini yang sederhana kecil. Santai, lucu, misteri, berhemah dan berpengajaran. Dunia Ini Sederhana Learn More
    USUAL: RM39.00

    NOW: RM 39.00 (-0%)

    MEMBER: RM 35.10 (-10%)

  32. RAHSIA PALING RAHSIA ( K-LIT )
    By BAHRUDDIN BEKRI Publisher:ALAF 21 Publication Date:2023-05-01
    Sultan Terakhir Empayar Melaka telah meninggalkan harta karun yang nilainya bIlion. Selama ratusan tahun, harta itu telah dijaga oleh sebuah persatuan rahsia. Sehinggalah suatu hari rahsia itu terkuak. Beberapa pihak mula mengatur langkah dan strategi bagi membongkarnya. Ia bermula dengan pencarian lapan bilah keris pusaka yang menjadi petunjuk kepada harta karun itu. Di sinilah Amin, seorang lelaki yang hidupnya mudah, hanya mahu kerja stabil dan cuba mendapatkan cinta ga Learn More
    USUAL: RM29.00

    NOW: RM 29.00 (-0%)

    MEMBER: RM 26.10 (-10%)

  33. SENASKHAH HIDUP ( K-LIT )
    By AZZAH AR Publisher:ALAF 21 Publication Date:2023-05-01
    Di Kuala Lumpur, dalam hiruk manusia dan hingar teknologi, ada tiga manusia yang mengalami kehilangan berbeza. Fidel, CEO Sarang Publishing House, merasakan pahitnya kehilangan isteri dan anak dalam keadaan yang tidak termaafkan. Zara, novelis bertaraf superstar, terjebak dalam skandal plagiarisme yang membenam kariernya. Di sisi lain, Helmi, seorang lelaki sederhana, mengalami penderitaan jiwa yang mengubah norma hidupnya akibat kehilangan seluruh keluarga dalam sekelip mat Learn More
    USUAL: RM29.00

    NOW: RM 29.00 (-0%)

    MEMBER: RM 26.10 (-10%)

  34. EKSPRES JUPITER ( K-LIT )
    By RILEY FIZAN Publisher:ALAF 21 Publication Date:2023-05-01
    "Selamat datang ke Ekspres Jupiter." Tidak kira berapa juta wang yang anda ada, selagi tidak dijemput anda tidak akan dapat menaiki bas ini. Teja sungguh bertuah kerana menerima undangan itu. Undangan yang hadir bersama ribut kejutan yang menyentak, juga mengubah cara dia memandang hidup. Pada hujung kembaranya, Teja mahu menjadi orang yang mampu berterima kasih kepada Hilzan, dan Ekspres Jupiter. Dia hanya mahu menjadi lebih kuat! "Terima kasih kerana menggunakan perkhid Learn More
    USUAL: RM29.00

    NOW: RM 29.00 (-0%)

    MEMBER: RM 26.10 (-10%)

  35. LELUHUR ( K-LIT )
    By ARMAN JAZEE Publisher:ALAF 21 Publication Date:2023-05-01
    Kematian demi kematian. Mangsa dibunuh satu per satu dengan kejam. Tubuh mangsa dirobek, jantung, hati dan darah mangsa hilang. Negara dilanda keributan. Inspektor Damia ditugaskan untuk menyiasat dan menangkap pembunuh kejam itu. Malangnya, semua siasatan membawa ke jalan buntu. Tekanan semakin hebat. Inspektor Damia mula meragui kemampuannya. Kemunculan lelaki misteri membuka lembaran baru. Barulah dia sedar musuhnya bukan pembunuh, biasa tetapi musuh yang datang ratusan t Learn More
    USUAL: RM29.00

    NOW: RM 29.00 (-0%)

    MEMBER: RM 26.10 (-10%)

  36. SAYAP BERLIAN ( K-LIT )
    By NURKARIEMA Publisher:ALAF 21 Publication Date:2023-05-01
    Tengku Jalil merancang untuk membalas dendam kematian ayahnya. Dia mengajak Tengku Annas belayar dan merancang untuk membunuh abangnya sewaktu di tengah laut. Namun tragedi ribut yang berlaku tanpa disangka-sangka telah menggagalkan niat jahatnya. Tengku Annas terselamat tetapi koma di alam manusia, manakala Tengku Jalil sesat dan terperangkap di sebuah alam asing dikenali sebagai Kristaland. Dia berkenalan dengan seorang puteri yang menjadi buruan askar diraja. Akibat desak Learn More
    USUAL: RM29.00

    NOW: RM 29.00 (-0%)

    MEMBER: RM 26.10 (-10%)

  37. TERIMA KASIH, LUKA
    By Hasif Rayyan Publisher:IMAN PUBLICATION Publication Date:2022-01-01
    “Aku abah dia!” “Sekarang ni baru terhegeh-hegeh nak mengaku abah. Selama ini, ada abah kisah pasal kami? Tak ada, kan?” Poji membentak, sinis. *** Sejak pemergian ummi sejurus melahirkan Naura, hidup mereka sekeluarga berubah. Poji terpaksa mengurus rumah dan menjaga adiknya. Abah pula makin menjauh, seolah-olah tidak wujud. Hanya pulang ke rumah untuk makan dan tidur sahaja. Terbeban, Poji memberontak mahu keluar dari rumah itu hingga membuatkan abahnya berang. D Learn More
    USUAL: RM30.00

    NOW: RM 30.00 (-0%)

    MEMBER: RM 27.00 (-10%)

  38. PADA PAHITNYA SECAWAN KOPI
    By Aidil Ghazali Publisher:IMAN PUBLICATION Publication Date:2022-01-01
    Mungkin kali ini, tidak lagi berakhir dengan kekecewaan. “Intan sedar diri sikit boleh? Fikir panjang. Kalau tak kahwin, siapa nak jaga Intan? Intan kan ….” “Saya ni kenapa, mak?” jerit Intan, tangannya menggigil. *** Semenjak Intan mengetahui keadaan dirinya yang tidak sempurna seperti wanita lain, dia sudah mematikan harapan untuk berkeluarga. Lebih-lebih lagi apabila hubungannya pernah terputus tengah jalan kerana perkara itu. Ketika Intan sudah pasrah, ibunya Learn More
    USUAL: RM30.00

    NOW: RM 30.00 (-0%)

    MEMBER: RM 27.00 (-10%)

  39. 1511H (KOMBAT)
    By Faisal Tehrani Publisher:BUKU JIWA Publication Date:2022-01-01
    Ada tiga perkara penting terjadi pada 1511 Hijrah. 1. Nosirname, Presiden US yang gila - mengisytiharkan perang dengan melepaskan roket ke makam Nabi SAW. 2. Hajah Nusaybah, wanita berkerusi roda - mendapat firasat tentang susuk yang akan menjadi komander ke-11. 3. Muhammad Ameen, pemuda dari Nusantara - tidak menjangka bakal memimpin tentera pembebasan ke Washington. 1511H Kombat merupakan novel nukilan Faisal Tehrani yang pernah memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Learn More
    USUAL: RM29.00

    NOW: RM 29.00 (-0%)

    MEMBER: RM 26.10 (-10%)

  40. OMBAK BUKAN BIRU
    By Fatimah Busu Publisher:BUKU JIWA Publication Date:2022-01-01
    Aku benar-benar tidak mengerti.... Mengapa perempuan sentiasa terperangkap dalam situasi - ditelan mati emak, diluah mati bapa? Salahkah aku meninggalkan Yamin? Bukankah Rubiah gilakan dia? Salahkah aku bermalam di rumah Celine yang jauh di Pulau Pinang itu? Aku sekadar mahu panjangkan persahabatan dari Kota Bahru. Salahkah aku bercinta dengan mat salih bernama Lawrence? Mengapa Ayah menolak Lawrence walau dia rela menukar agama? Aku keliru. Aku serba salah. Ah, bi Learn More
    USUAL: RM30.00

    NOW: RM 30.00 (-0%)

    MEMBER: RM 27.00 (-10%)

  41. KUNANG PESISIR MORTEN
    By Raiha Bahaudin Publisher:BUKU JIWA Publication Date:2021-01-01
    Kampung Morten, 1984 dan sungai yang menjadi garis pemisah ghaib perseteruan dengan Kampung Hokkein. Adi, si penjual kuih cilik ditakdirkan bersahabat dengan Dhiya, seorang pemikir visual genius. Kehidupan mereka disulami dengan permainan layang-layang, pertaruhan gila laga ketam dan mengagumi keindahan seni bina Villa Sentosa. Namun, penemuan mayat budak Cina di tebing sungai perkampungan Hokkein secara ajaibnya menyatukan kedua-dua sahabat ini menjadi trio dengan kehadiran Learn More
    USUAL: RM28.00

    NOW: RM 28.00 (-0%)

    MEMBER: RM 25.20 (-10%)

  42. MARGARETTA GAUTHIER
    By Hamka Publisher:JEJAK TARBIAH Publication Date:2020-01-01
    “Setelah saya kenal akan dikau, Armand, tahulah saya bahawa engkau ini anak muda yang mulia lagi budiman. Engkau cintai diriku ialah semata-mata buat diriku, bukan engkau cintai diriku untuk dirimu. Sahabat yang setia ialah sahabat yang bercampur di dalam hatinya perasaan cinta dengan perasaan belas kasihan. Engkau jenguk saya pada waktu saya sakit, padahal orang lain menjauhi. Engkau berdiri di sisiku padahal tidak ada yang akan engkau harapkan daripadaku lagi, sedang oran Learn More
    USUAL: RM25.00

    NOW: RM 25.00 (-0%)

    MEMBER: RM 22.50 (-10%)

  43. SI SABARIAH
    By Hamka Publisher:JEJAK TARBIAH Publication Date:2020-01-01
    Novel terawal Buya Hamka yang bukan biasa-biasa. Inilah titik bermulanya Hamka berani menjadi penulis. Ditulis dengan lenggok bahasa yang indah sekali, seakan pembaca dibawa ke zaman silam. Ada pantun, ada kata nasihat dititipkan. “Adat lembaga atas dunia, hina ada mulia pun ada. Sengsara miskin ada pula. Kaya-raya jangan disebut. Kalau orang diterima akan diambil jadi menantu. Elok fikirkan terlebih dahulu, jangan terkena di kemudian hari. Janganlah bersifat seperti oran Learn More
    USUAL: RM25.00

    NOW: RM 25.00 (-0%)

    MEMBER: RM 22.50 (-10%)

  44. YANG PALING PATAH ANTARA KITA
    By Ainul Farihah Publisher:BUKU JIWA Publication Date:2022-01-01
    "Kau okey?" Ringkas. Tetapi paling susah nak jawab. Walau yang tanya itu sahabat yang paling rapat. Walau yang tanya itu ahli keluarga sekalipun. Susah tatkala sebenarnya kita mahu menjawab, "tak", tetapi hati sendiri tak pasti apa yang akan jadi lepas itu. Takut hilang kawan. Takut kena marah. "Kau okey tak ni?" Dia hanya senyum segaris. Macam biasa. --- Yang Paling Patah Antara Kita merupakan novel terkini Ainulfarihah yang sudah menulis sejak 10 tahun lalu. Novel ini merup Learn More
    USUAL: RM32.00

    NOW: RM 32.00 (-0%)

    MEMBER: RM 28.80 (-10%)

  45. GURU AINI
    By Andrea Hiratas Publisher:JEJAK TARBIAH Publication Date:2022-01-01
    Banyak faktor dan pendorong yang boleh menjadi sebab kejayaan seseorang. Tiada kejayaan tanpa usaha yang gigih dan tanpa mengenal rasa putus asa. Itulah yang mahu disampaikan oleh penulis Laskar Pelangi ini, Andrea Hirata melalui novelnya – Guru Aini. Menulis novel yang bertemakan pendidikan dan perguruan bukanlah perkara baru buat Andrea Hirata. Dan melalui novel ini, pembaca dihidangkan dengan pelbagai kisah suka, duka, komedi, kekeluargaan dan persabahatan, yang kebanyak Learn More
    USUAL: RM28.00

    NOW: RM 28.00 (-0%)

    MEMBER: RM 25.20 (-10%)

  46. TERUSIR
    By Hamka Publisher:JEJAK TARBIAH Publication Date:2019-01-01
    Terusir bercerita tentang seorang perempuan bernama Mariah. Hidup Mariah hancur apabila fitnah melanda rumah tangganya hingga suami sendiri mengusir keluar dari rumah mereka dan memisahkan dia dengan anaknya Sofyan yang masih kecil. Langit tidak selalu cerah. Mariah dianiayai oleh suami keduanya dan akhirnya hidup melarat sehingga terpaksa menjadi pelacur. Learn More
    USUAL: RM25.00

    NOW: RM 25.00 (-0%)

    MEMBER: RM 22.50 (-10%)

  47. RANJAU SEPANJANG JALAN
    By Shahnon Ahmad Publisher:BUKU JIWA Publication Date:2022-01-01
    Padi ialah nadi hidup keluarga Lahuma, Jeha dan seluruh penduduk Kampung Banggul Derdap. Kemarau, banjir dan haiwan perosak dihadapi dengan penuh ketabahan dan pergantungan kepada Allah Azzawajalla. Memperjuangkan padi bererti memperjuangkan hidup. Inilah kepercayaan yang dipegang teguh oleh Lahuma, kemudiannya diwarisi Jeha serta anak-anak mereka: Sanah, Milah, Jenab, Semek, Liah, Lebar dan Kiah. Tatkala Lahuma tertusuk onak nibung, Jeha bangkit menajak sawah 14 relung pusa Learn More
    USUAL: RM29.00

    NOW: RM 29.00 (-0%)

    MEMBER: RM 26.10 (-10%)

  48. SANG PENUNTUN HATI ( BE ESHME ELOHIM )
    By Maszlee Malik Publisher:JEJAK TARBIAH Publication Date:2021-01-01
    Antara basirah (ketajaman hati) dan basar (penglihatan) – mana yang lebih dipercayai? “Basirahmu telah memandumu sejauh ini, ia selari dengan ketulusan hatimu dan kemurnian jiwamu.” Be Eshme Elohim merupakan medium penulis berbicara dengan jiwa-jiwa pembaca yang memerlukan sedikit simbahan rasa spiritual. Naskhah ini terlahir daripada inspirasi sebuah hadis, kisah tentang Ghulam yang lahir dalam kehidupan serba kekurangan. Dia berimpian untuk menjadi ahli sihir agar Learn More
    USUAL: RM28.00

    NOW: RM 28.00 (-0%)

    MEMBER: RM 25.20 (-10%)

61-108 of 108

Page:
  1. 1
  2. 2

Back to Top