商品资料:
Description
内容简介
KERIS ITU AKAN KU TUSUK DI ATAS KUBURAN WANITA YANG MATI DIBUNUH! KAU AKAN MERASAI KEKAYAAN USAI SELESAI UPACARAKU... PUAKA KERAMBIT - NURHARYATI ISHAK ANDING "Roarrrr!!!" makhluk itu membuka mulut luas-luas mengeluarkan suaranya yang sangat kuat. Bergema seluruh alam hutan. Kerambit di tangan Anding terus dihayun. Sipi-sipi kerambit di tangannya mengenai kulit pipi makhluk itu. la mengaum. dengan kuat menampakkan gigi taringnya yang panjang. Gerakannya bermula. la menerkam ke arah Anding membuatkan tubuh Anding tersandar ke batang pokok. RISKA - "Datang kepada aku kalau kau inginkan aku." KERIS PAWANG HITAM - LOKI DAECHWITA "Masakan keris dapat memberikan aku kemewahan.." riak wajah Lokman seperti tidak percaya. Senyuman sinis seakan mengejek mula terukir di bibirnya. "Keris itu akan ku tusuk di atas kuburan wanita yang mati dibunuh! Kau akan merasai kekayaan usai selesai upacaraku Tok Pawang Hitam bersuara keras, sambil matanya melirik pada Lokman yang sudah pucat lesi mendengar penjelasannya. DAMPING KESUMAT-RASHID SALIM "Angkara dengki? Khianat?" Fiza mengangguk. Dia merenung ke dalam mata lelaki itu. "Siapa yang sanggup buat saya begini?" - ZUL HARIS. Zul Haris berasa sangat kecewa terhadap apa yang diusahakan selama ini hampir musnah. Sungguh dia tidak tahu, kerana dalam diam ada yang berniat jahat terhadapnya.