商品资料:
Description
内容简介
Leonard Walter yang mengalami depresi teruk setelah kematian isteri dan bayi kembarnya telah membuat keputusan untuk berhijrah ke Springville City dan memulakan kariernya sebagai seorang penulis novel seram. “Untuk tinggal di apartmen ini, ada syaratnya yang perlu kamu ikut. Syaratnya, kamu tak dibenarkan keluar dari bangunan ini tepat pada jam 12.00 tengah malam.” - Aunty Rose Hidup Leonard mula berubah 180 darjah setelah terjumpa sebuah diari lama di apartmen Black Swan. Sejak menemui diari tersebut, pelbagai kejadian aneh mula menimpa dirinya. Setiap kali ada babak kematian atau kemalangan ngeri yang ditulis dalam manuskripnya, kejadian itu akan benar-benar berlaku di dunia yang nyata! “Diari hitam tu ada dekat apartmen berhantu sana. Selepas aku campak diari tu ke dalam laut semalam... diari tu muncul balik dekat lobi apartmen. Sejak kejadian tu, aku dah tak berani lagi nak sentuh diari tu!” - Leonard Walter Berjayakah Leonard merungkai sumpahan yang ada di sebalik diari lama tersebut? Dan berjayakah dia menyelamatkan dirinya daripada terus terperangkap di dalam apartmen berpuaka itu?