商品资料:
Description
内容简介
Masa lalu, biarkan terus berlalu, ada dia kini untuk kau sandarkan bahu. Blurb Zulaikha… Dia kejutkan dengan lamaran daripada dua orang lelaki, yang mempunyai pesona yang tersendiri. Sikap prihatin Haikal membuatkan dia rasa disayangi, rasa ada yang benar-benar mengambil berat akan dirinya. “Let’s write our story!” -Haikal "Thanks for the gift. Tapi, kenapa nak berahsia?" -Zulaikha Sikap Kamil yang terlampau tenang pula sering kali membuatkan dia tertanya-tanya. Apa benar lelaki itu menyayanginya? “Saya tak pandang kesempurnaan.” -Zulaikha “Nama saya bermaksud sempurna. Awak tak pandang saya?” -Kamil Belum sempat dia memilih, kedua-duanya undur diri. Zulaikha terngadah. Tak tau di mana silapnya. "Kenapa you tipu I, Zu?" -Haikal “Ibu, ayah, Kamil rasa… Kamil tak boleh teruskan dengan Zulaikha.” -Kamil Namun, perancangan Allah ternyata lebih baik. Saat hatinya rapuh, muncul sinar baharu. Mungkinkah ini yang terbaik buat dirinya? “Maaf untuk semuanya. Jom kita tunang!” Akan tetapi… Jalan menuju bahagia tidak mudah. Sekali lagi dia diuji. Allah datangkan kasih sayang dalam bentuk yang tak pernah disangka. Sang lelaki yang diharap memimpin jalan ke syurga kini sedang berdepan dengan lambaian maut. “Awak layak dapat lelaki yang jauh lebih baik daripada saya, Zu. Mungkin antara kita memang tak berjodoh untuk jadi suami dan isteri.” “Sampai hati awak…” Akan adakah sinar bahagia buat Zulaikha? Apakah ia takwil cinta Zulaikha?