商品资料:
Description
内容简介
Penulisan travelog kembara ini tidak menggunakan bahasa indah lagi berbunga-bunga. Tidak juga mencoretkan segala emosi yang dirasai hingga buat kita turut berdebar-debar atau cemas dengan situasi yang telah mereka lalui. Namun, bacalah dengan mata hati. Ini bukan catatan travelog biasa. Ini kisah perkembangan agama kita di Jepun, sebuah negara yang pernah terkenal dengan kekejaman tenteranya dan kini sangat terkenal dengan kemajuannya. Demi Allah, saya menangis! The Running Man adalah kisah kita yang sedang kembara di bumi Allah, terkejar-kejar mahu menggapai impian, dalam masa yang sama perlu melaksanakan segala tugas sebagai khalifah dan menangani segala ujian dengan penuh susah payah. Subhanallah, sungguh ia bukan satu perjalanan yang singkat dan mudah!