商品资料:
Description
内容简介
Sama ada mahu akui ataupun tidak, kita semua pernah terluka dan tercedera emosi. Ada yang berlaku semasa kita masih kecil, dan mungkin keadaan telah memaksa kita untuk memendam apa yang dirasa. Namun hakikatnya luka itu sentiasa ada. Ia menjadi beban emosi apabila kita masuk ke alam dewasa. Jadi bagaimanakah kita boleh move on dengan luka masa lalu yang menghantui sehingga hari ini? Adakah kita perlu berpatah balik masa untuk memperbetul segalanya? Atau cukupkah kita hanya perlu berdamai saja? Kenali apa kecederaan emosi yang pernah dialami dan bagaimana ia memberi kesan terhadap kehidupan kita dalam alam dewasa.