商品资料:
Description
内容简介
Parenting sememangnya payah sejak sebelum wujudnya peranti pintar dan skrin pintar di dunia. Ibu bapa dulu-dulu perlu gunakan gula-gula, jajan dan mainan untuk ‘umpan’ emosi anak-anak. Ibu bapa dulu-dulu perlu luangkan masa untuk melompat, menari, mengejar, memanjat untuk menghiburkan dan memenuhkan tangki emosi anak. Ibu bapa dulu-dulu perlu cipta lagu sendiri, cipta cerita sebelum tidur sendiri, cipta permainan sendiri untuk mengeratkan hubungan bersama anak-anak. Berpuluh-puluh tahun sebelum ini, ibu bapa dulu-dulu pastinya melalui kepayahan tersendiri dalam membina hubungan rapat dengan anak, dalam mendisiplinkan sahsiah dan tingkah laku anak, dan dalam mengasah kemahiran anak. Namun, kepayahan ibu bapa zaman hari ini, ternyata lebih halus, lebih rumit, dan lebih ‘next level’ kerana SCREEN IS REPLACING THE PARENTS. Ramai anak hari ini tidak lagi diasuh oleh ibu bapa tapi diasuh, dihiburkan, dipujuk, dan dipenuhkan tangki emosinya, oleh skrin