商品资料:
Description
内容简介
“Macam mana nak rasa dekat dengan al-Quran? Aku nak sangat faham al-Quran, tapi tak tahu nak mula dari mana.” Sejak kecil, kita diajar yang al-Quran perlu dihormati dan dijaga, kerana kedudukan kalamullah ini sangat istimewa dalam hati setiap Muslim. Tidak cukup sekadar membaca, menjadi cita-cita tertinggi kita untuk dapat berinteraksi dengan ayat-ayatnya. Namun ramai berhenti mencuba apabila merasakan ilmu al-Quran terlalu tinggi. Mereka rasa tidak mampu, bahkan rasa tidak layak untuk memahaminya. Jadi bagaimanakah caranya untuk mendekati al-Quran? Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Yang menjadikan al-Quran ini istimewa adalah apabila kita sedar bahawa ia petunjuk buat semua manusia - termasuk diri kita. Setiap daripada kita mampu mendekati dan memahaminya, setelah kita mengenali dan mencintainya.