商品资料:
Description
内容简介
Permintaan guru-guru di sebuah sekolah daif yang disinggahi agar dia kembali dengan membawa buku-buku menjadi titik tolak buah John untuk mengambil keputusan meninggalkan dunia kerjaya dan menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha untuk membangunkan Room to Read – sebuah organisasi yang membina perpustakaan, sekolah serta menyediakan biasiswa jangka masa panjang buat pelajar perempuan di negara-negara membangun. John Wood menemukan momen eurekanya bukan di dalam dunia korporat Microsoft yang sentiasa sibuk dan menjanjikan pulangan yang lumayan, sebaliknya semasa pengembaraannya di pergunungan Himalaya, Nepal. Leaving Microsoft to Change The World merakam emosi suka duka dan cabaran getir John Wood mencapai ketenangan hidup melalui jalan pendidikan. Semoga ia turut dapat memberi inspirasi dalam memulakan pencarian makna hidup kita yang sebenar.