商品资料:
Description
内容简介
Lahirnya sejarah untuk diperingati agar bermanfaat kepada manusia masa kini. Tanpanya, manusia meraba di lembah kegelapan dalam mencari erti jati diri. Kesedaran terhadapnya melahirkan suatu rasa asyik yang tidak terperi, malah membentuk suatu keinsafan pada diri. Di atas dasar ini, manusia berusaha untuk menyingkap tabir rahsia masa lalu melalui cara yang setepatnya demi menggapai kebenaran akan kesedarannya itu. Setiap helaian dan lenbaran kertas diselidikinya, setiap tempat diterokainya, setiap yang tertimbus digalinya semula. Kesemuanya kerana kebenaran sejarah yang membawakannya kepada keagungan Ilahi. Begitulah yang dialami oleh penulis, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, ketika menumpahkan segala pengamatannya terhadap sejarah dalam Kembara Menalar Diri ini. Buku ini bertitik tolak daripada penyelidikan beliau terhadap seorang tokoh ilmuan Turki Uthmaniyah yang terkemuka pada abad ke-16, Sheikh Muhammad bin Pir Ali al-Birkawi, atau Imam Birgivi. Kekaguman penulis terhadapnya ini menerbangkan beliau ke langit Turki demi menghayati segala keindahan dan kepahitan yang ditempuhi oleh sosok insan ini.