商品资料:
Description
内容简介
“Banyakkanlah sabar aku ya ALLAH, kalau memang menantu aku ni adalah ujian untuk aku,” Jolene sempat menoleh ke arah dapur sambil menolak pintu bilik. Mengeluh bosan melihat ibu mertuanya sedang mengurut dada. Orang tua pandai berdrama. Itu yang terucap di hati. Malas melayan drama itu, dia terus melangkah masuk ke bilik. Daun pintu di tutup perlahan apabila melihat Irfan nampak begitu serius menghadap telefon. Perlahan dia mendekat. Langkahnya terhenti di belakang sang suami. Mata terpaku pada skrin telefon Irfan. Gambar Fayyad dan sebaris ayant yang menimbulkan tanda-tanya. Melihat gambar itu, hatinya bagai tersapa satu rasa yang aneh. Rasa yang sudah hampir dia lupakan. “What’s that?,” Irfan tersentak. Spontan mengurut dada sambil berpaling. Hampir sahaja telefon tercampak dari tangan. Berpandangan dengan wajah Jolene yang nampak berkerut. Perlahan-lahan dia menghela nafas, melepaskan rasa terkejutnya. “Honey… you buat I terkejut,” Tanpa pedulikan sapaan Irfan, dia mencapai telefon di tangan suaminya itu. Memandang gambar di skrin untuk mendapatkan kepastian. Lelaki di dalam gambar itu, memang Fayyad. “Ini Fayyad. Kenapa you stalk dia? Wait, ini nombor siapa?,” Irfan tersenyum sambil mengambil semula telefon di tangan Jolene. “Khayra. I tengok status dia,” Jolene sudah kerut kening. Berdiri tegak sambil berpeluk tubuh. “Nombor Khayra? Kenapa you masih ada nombor dia? I tak tahu you dengan dia masih berhubung? And… kenapa dia ada gambar Fayyad? Apa maksud status tu?,” Irfan tergelak kecil. “Wow! Now… you tell me. Soalan youyang mana yang I kena jawab dulu?,” Jolene buang pandang. “Not funny. You just tell me, what’s going on here?,” Mendengar nada serius itu, Irfan menjongket bahu. Perlahan dia bergerak membetulkan duduknya. Bersandar selesa di kepala katil sambil menepuk tilam di sebelahnya. “Come here. Dari semalam you ignored me. I rindu,” “Ir, I serius,” “Ipun. Duduk dulu,” Separuh hati, Jolene tetap akur. Dengan malas mengambil tempat di sisi Irfan. Sejujurnya, marahnya pada Irfan belum habis kerana memaksa dia ikut pulang ke kampung semalam. Padahal Irfan sudah tahu dia memang tidak mahu pulang ke sini. Setelah Jolene melabuhkan punggung di sisi, perlahan Irfan mencapai jemari isterinya. Dibawa ke bibir sekilas sebelum dibawa ke ribanya. “Janganlah selalu marah-marah macam ni,” “You paksa I buat benda I tak suka and you cakap jangan selalu marah-marah? You yang selalu buat I marah, Ir. I tak kisah pun kalau you nak balik jumpa your parent. Cuma, jangan libatkan I. I tak suka. I tak suka duduk dalam rumah ni. You tell me, which line in my words yang you tak faham?,” Irfan mengeluh perlahan. Wajah keras Jolene dipandang lama. Sejak pulang ke Malaysia, Jolene semakin degil. Suka memberontak. “Susah sangat ke nak tolerate sikit dengan I? We love each other. Tapi, kenapa selfish sangat?,” Jolene angkat kening. “So, now I yang selfish? Kenapa you tak fikir semua ni, sebelum you janji macam-macam before kahwin dengan I? Anyway, forget it. This conversation hanya akan ulang benda yang sama. And, I fed up. Jadi, jawab je lah soalan I tadi,” Irfan diam sejenak. Betulkan duduk sehingga menghadap Jolene. Melihat wajah isterinya itu, terlintas kata-kata bapanya. Diam-diam dia seakan setuju dengan kata-kata itu. Dia yang mencorakkan karekter Jolene. Jolene di hadapannya ini adalah hasil daripada kelalaiannya beberapa tahun ini. Dia terlalu memanjakan dan membiarkan Jolene berbuat apa sahaja tanpa ada keinginan untuk menegur.