商品资料:
Description
内容简介
"Adam molah (buat) apa sitok (sini)?" Suaranya terus meninggi. Gelabah aku dibuatnya. "Adam mesti tinggalkan tempat tok (ni) kinetok (sekarang) juak (juga)! Adam dah lupak (lupa) kah janji Adam dengan bapak Adam dolok (dulu)?!!" Adam Mikhael dilarang keras oleh ayahnya menjejak kaki ke Sarawak tanpa sebarang penjelasan. Namun darah muda yang kuat memberontak membuatkan Adam mengingkari arahan orang tuanya. Kedegilan dan kehendak Adam mengejar kisah keluarganya menyebabkan dia terjerat dalam pencarian sendiri. Rahsia? Sumpahan? Boyak? Apa kaitan semua ini dengan hidup Adam Mikhael? 'Apa yang pasti, aku tidak sepatutnya datang sini.' 'Aku tak sepatutnya datang sini!!!' Sumpahan Boyak - bermaksud buaya dalam dialek Sarawak