商品资料:
Description
内容简介
Bertanya merupakan salah satu kaedah utama bagi membuka pintu rahsia ilmu pengetahuan. Apatah lagi jika pertanyaan itu ditujukan kepada seorang utusan Allah ﷻ, Nabi Muhammad ﷺ. Maka pasti jawapan yang disabdakan itu jauh lebih bernilai dan bermakna. Buku Umat Bertanya Rasul Menjawab hadir bagi mempersembahkan koleksi pertanyaan-pertanyaan yang pernah diajukan oleh para Sahabat kepada Rasulullah ﷺ. Melalui buku ini, pembaca dapat mengutip mutiara-mutiara hikmah daripada jawapan Rasulullah ﷺ terhadap persoalan-persoalan umat yang hidup pada kurun terbaik ketika itu.