商品资料:
Description
内容简介
10 Haiwan dalam Riwayat Islam ini menampilkan haiwan - haiwan yang berkait rapat dengan kisah - kisah nabi atau teladan yang terpilih dalam dunia Islam. Sebesar mana pun peranan mereka, hikmah dan pengajaran yang tidak ternilai jelas menghiasi kisah - kisah ini. Sesungguhnya, terbitan ini ingin turut sama menyumbang kepada acuan akhlak anak - anak yang bakal mewarisi masa hadapan. Kesemua kisah ini diolah semula dalam bentuk yang lebih segar lagi kreatif untuk menarik minat membaca dalam kalangan kanak - kanak sekali gus memudahkan mereka memahaminya. Sepuluh haiwan yang diceritakan di dalam buku ini ialah burung Ababil, nyamuk, anjing, labah - labah, ikan, kambing, kucing, ikan paus, kuda dan unta. Semua haiwan tersebut mempunyai kisahnya yang tersendiri. Berikanlah bahan bacaan yang berkualiti dan berhikmah kepada anak - anak anda.