商品资料:
Description
内容简介
Cinta bukan diukur dengan masa tapi perasaan. Mimpi atau realiti sentiasa menjelma sehingga mengganggu hidupnya. Bukan! Dia bukan berada di alam fantasi. Namun pada masa yang sama lelaki itu wujud mengejar cintanya. Lara makin keliru keberadaannya. Puas ditepis dan ditolak, tapi lelaki itu semakin mendekat membuatkan dirinya merantau mencari jalan keluar daripada kecelaruan hidupnya. Adri tidak akan berputus asa. Lara harus kembali ke dunia nyata. Gadis itu harus pulih daripada penyakit yang bukan kehendaknya. Lelaki durjana bernama Dr. Imran tidak layak menjadi sebahagian dalam hidup Lara. “Percayalah, Lara. Saya ikhlas mencintai awak. Dalam keadaan apa pun saya akan tetap mencintai awak. Saya berharap awak akan sembuh sepenuhnya dan kita akan melalui hidup yang indah ini bersama.” – Adri “Lara... tunggu masanya akan tiba. Kau akan keluar dari sini dan menjadi orang yang lain. Insan baru dengan memori baru, tanpa secebis pun kenangan pahit.” – Dr. Imran Ah... Bencinya! Lara diamuk keresahan. Apa benar Dr. Imran benar-benar mahu memulihkannya daripada sejarah silam? Apa benar Adri merupakan lelaki yang mula-mula bertahta di hatinya? Lelaki yang sanggup berkorban demi dirinya? Namun dia harus bersabar hanya untuk menjaga imej dan maruah keluarganya. Dia tidak ingin mengulangi sejarah lama. Dia tidak akan mudah mengamuk lagi! Tidak. Itu azam dan tekad yang ditanamnya sejak keluar daripada pusat rawatan itu. “Aku tak tahu apa yang berlaku pada diriku, tapi aku rasa seperti ingin lari. Lari ke tempat yang paling jauh, yang tidak akan ditemui oleh sesiapa pun jua. Aku hanya ingin bersendirian!”