商品资料:
Description
内容简介
Beliau seorang yang lembut, tawaduk dan sangat pemalu, tetapi apabila mengendalikan setiap urusan yang diamanahkan kepadanya, beliau amat cekap dan pantas. Bagaikan singa jantan bertemu mangsa. Beliau adalah Amir bin Abdillah bin Jarrah Al Fihry Al Qurasyi, atau lebih dikenali sebagai Abu Ubaidah. Beliau mengikuti banyak peperangan membela panji-panji Islam. Bahkan, menjadi panglina perang yang sangat prihatin terhadap keselamatan tenteranya. Rasullah sendiri mengakui kualiti kepimpinan yang ada pada Abu Ubaidah. Nabi Muhammad pernah bersabda, "Tiga orang yang paling terkemuka dalam suku Quraisy dan memiliki sifat terbaik dan paling sederhana. Mereka adalah Abu Bakar, Uthman dan Abu Ubaidah al Jarrah." Abu Ubaidah dikenali orang di zamannya sebagai orang yang zuhud. Saidina Umar yang datang ke rumahnya menitis air mata melihat hidupnya yang sederhana. Hidup baginya adalah pilihan. Ia memilih zuhud dengan kekuasaan dan harta yang ada di dalam genggamannya. Baginya jawatan bukan jalan untuk memperkaya diri, tetapi kesempatan untuk beramal bagi meraih syurga.