商品资料:
Description
内容简介
Meskipun pautan cinta di hujung dahan, Tidak merapuh, setiaku bertahan. Putus hubungan dengan Ikhmal, Seri terus bertunang dengan bosnya sendiri, Seth Aliman. Gila! Tak pernah terfikir dek akal semua itu akan terjadi dalam sekelip mata. Namun, layanan mesra Seth terhadapnya berubah setelah mereka berkahwin. “Aku akan pastikan kau menyesali setiap saat kau lalui Bersama aku. Sekali aku dah benci, sampai mati pun aku akan bencikan kau!” - Seth Aliman Seth mengotakan setiap kata-katanya. Penderitaan demi penderitaan dihadiahkan kepada Seri, tanpa belas kasihan. Setiap hari, perasaan Seri terdera dengan layanan Seth. “Saya tak kisah kalau awak bencikan saya sekalipun. Saya akan layan awak selayaknya sebagai seorang suami.” - Seri Bersabar dengan Seth itu satu hal. Tambah merumitkan keadaan apabila dalam masa yang sama, Seri terpaksa menangani Ikhmal, bekas tunang yang belum mengalah dan Harlyn, yang ingin merebut Seth daripadanya. “Kau takkan lepaskan Abang Seth pada aku. Tapi, pada seseorang yang lebih berhak. Kau tahu siapa?” - Harlyn Ya Tuhan... Sekuat mana pun Seri bertahan, dia tetap perempuan yang punyai sekeping hati dan inginkan cinta daripada sang suami. “Tak berkurangkah rasa benci awak pada saya, setelah sekian lama saya jadi isteri awak?” - Seri