商品资料:
Description
内容简介
Rindu itu ada bila kau sudah tiada. Adam menikahi Arissa setelah mereka ditangkap khalwat di sebuah hotel. Malah, Adam turut menuduh Arissa sengaja memerangkapnya. “You muncul depan bilik I ni kenapa? Saja nak tengok tubuh I?” “You... you jangan salah faham. I datang ni sebab nak ajak you makan malam. Bukan suka-suka nak tengok ketul-ketul roti ban kat tubuh you tu.” “Kalau suka-suka nak tengok pun tak apa. I halalkan sebab you pun halal untuk I, kan?” Arissa menuntut cerai daripada Adam apabila mendapat tahu Adam sebenarnya sudah bertunang dan bakal berkahwin tidak lama lagi. Arissa tahu perkahwinan mereka takkan ke mana-mana kerana ia tetap menjadi rahsia. Tambahan dia tidak betah dikurung oleh Adam di dalam apartmen lagi. “Kalau itu yang terbaik untuk kita, apa salahnya, kan? Atau you yang kisah bila you dah ceraikan I, you akan bergelar duda?” “Kalau ya pun I nak lepaskan you, biarlah I rasmikan you dulu. Rugilah, kan? Takkanlah kita nak bercerai dengan status duda berhias dan janda berhias.” Arissa meminta izin untuk balik kampung kerana urusan keluarga. Keizinannya itu membuatkan Adam kehilangan Arissa. Beberapa bulan kemudian, mereka diketemukan semula di syarikat yang sama. Kali ini, Adam nekad akan terus mengikat Arissa kerana dia mula sedar yang dia mencintai Arissa, cuma terlalu ego untuk mengakuinya. Namun, kewujudan Ryan, Sherry, Sheila dan Hairil sedikit sebanyak menggugat hubungan Adam dan Arissa yang baru hendak bermula.