商品资料:
Description
内容简介
Satu rahsia, yang tersembunyi jauh di lubuk hati Nufa, tidak akan pernah dikongsikan dengan sesiapa jua termasuk kekasih hatinya, Rahimi. Terkadang Nufa takut dan bimbang dengan hakikat dirinya tidak seperti insan lain yang punya sebuah keluarga bahagia. Sudah begitu lama dia hidup sendiri tanpa keluarga. Dan satu-satunya keluarga yang dia ada hanya Salmah - ibunya yang terkurung di suatu tempat yang jauh. Namun kehadiran Auguste seorang lelaki yang amat misteri bagi Nufa, sepertinya mengetahui banyak tentang rahsia dirinya, membuatkan hubungannya dengan Rahimi mulai tergugat. Perlahan-lahan Auguste mulai memasuki hidup Nufa, tanpa disedarinya. Misi Auguste adalah untuk mendapatkan cinta Nufa kemudian melukainya ... seperti yang pernah Nufa lakukan pada seseorang di masa silamnya ... Siapa Auguste. yang digelar lelaki bertangan ajaib? Dia seorang pelukis hebat yang mencipta nama di Paris. Bagaimanakah akhirnya rahsia Nufa terbongkar di hadapan ibu bapa Rahimi, yang bergelar Dato' dan Datin, kaya dan terkenal. Dan mengapa mereka harus menyakiti dan menghukum Nufa kerana status ibunya yang bemasib malang?