商品资料:
Description
内容简介
KEBAYA TELEPOK MERAH - MARIA KAJIWA “Kasaku bukan kasa biasa, kasa kujemput dari gunung, sulamku bukan sulam biasa, sulamku menikam urat jantung. Benang bertemu benang, kain ditujah-tujah. Sayang bertemu sayang … jasad bermandi darah. Sebelum jarum ditujah, matanya dicelup dengan darahnya sendiri. Bunga telepok yang disulam semakin merah. Pakai bukan sebarang pakai, pakai memakai naik seri, seri naik Bersama dendam, dendam naik mengambil nyawa … “ KAIT INANG – SYASYA DE LUNA Delima mengerling kearah Inang Merah yang sedang menjilat-jilat kotoran di kawasan yang menjadi tapak aktiviti pemujaan. “Jika kau tahu, apa yang aku lakukan?” – INANG MERAH “Aku akan bunuh semua keturunan Inang Merah sehingga kau tiada pilihan selain taat padaku.” – DELIMA Kain kafan Manis diselak. Delima tidak peduli dengan bau jasad yang sedang dimamah ulat. PRIMADONA – RHEA “Aku masih cantik!” – MANISAH Susuk bayang seorang wanita berada di belakang manisah. “Aku akan buktikan yang aku masih layak menjadi watak utama di atas pentas” Susuk bayang seorang wanita berada di belakang manisah. Lemah gemalai dia menari di atas pentas menjadi persembahan yang menawan hati. Dada Manisah semakin sakit. Darah mengalir di bucu bibir. Dia rebah. Lirikan mata dia merenung ke arah seseorang.