商品资料:
Description
内容简介
"Bayu Aweera. Lelaki yang terlalu setia dengan cintanya, penyayang serta bertanggungjawab. Namun, cintanya dinodai hingga menyebabkan dia berubah menjadi seorang yang kasar, ego serta pendendam. Cempaka Sari. Demi kasihnya kepada kakak kandung sendiri, dia terpaksa menyakiti hati insan yang paling dicintainya. Bertahun dia membawa diri bersama dengan cinta yang tak pernah terhakis dari hatinya. Tiga tahun berlalu, mereka ditemukan kembali. Namun tiada lagi yang indah di antara mereka. Bagi Bayu, Cempaka tidak layak untuk dikasihani dan dicintai. Hanya kerana hasutan dan fitnah, kesetiaan dan kepercayaan Cempaka diuji lagi. Kali ini hatinya benar-benar terluka dan kecewa. Namun, saat kebenaran terbongkar, masihkah ada kemaafan buat Bayu walaupun lelaki itu melutut dan merayu? Masihkah ada sisa cinta buat lelaki itu? Dan apakah sebenarnya hubungan antara Sonia dengan Bayu? Andai benar tiada cinta, kenapa hati mesti menangis bila terpaksa menyakiti? "