商品资料:
Description
内容简介
Jika saya fikirkan manisan yang saya ingin masak dan makan, saya boleh memikirkan bermacam-macam jenis manisan. Manisan sejuk sangatlah sesuai dengan iklim khatulistiwa di Malaysia. Manisan sejuk boleh disiapkan lebih awal dari waktu hidangan dan disimpan didalam peti sejuk sehingga sampailah waktu memakan. Bahan-bahan asas yang digunakan untuk menyediakan Manisan Sejuk adalah gelatin, agar-agar, krim, krim keju atau telur. Bahan-bahan ini lah yang membantu manisan sejuk menjadi kental. Agar-agar adalah bahan yang sangat sesuai dan disukai dalam kebanyakan Manisan Sejuk Malaysia. Jadi saya kongsikan resipi Agar-agar Cendol, Agar-agar Santan yang terjamin menjadi manisan yang tetap disukai dimana-mana jamuan. Gelatin yang digunakan apabila membuat Panna Cotta Teh Hijau membantu mengeraskan manisan dengan menghasilkan textur yang sangat halus. Sup Manis Alpukat dan Mango Sagu Berais menjadi pilihan kesukaan saya. Untuk manisan sejuk ala western, ikutilah resipi Tat Lemon, Krim Pie Nenas atau Moka Coklat Mousse. Jangan lupa mencuba resipi Puding Marble ibu saya!
"Biodata Marina Mustafa adalah penulis buku masak dengan 14 buah buku berlainan tajuk. Setengah dari buku masakannya telah disenaraikan dalam kategori ‘buku masak terlaris’. Tiga daripada buku Marina telah memenangi anugerah Gourmand International Cookbook Awards di Perancis pada tahun 2017 dan 2018. Pada Disember 1991, keluarga Marina telah membuka restoran Cafe Dania dan mengendalikanya selama 14 tahun. Kebanyakan masakan yang dihidangkan adalah kontinental atau masakan ala barat. Marina ialah duta kepada Philips Malaysia dan telah berkhidmat semenjak tahun 2012. Kerjanya banyak melibatkan pengunaan alat perkakas dapur Philips dan Philips Avent. Di antaranya demontrasi masakan, menjadi hakim pertandingan masakan, mencipta resipi, menjalankan bengkel masakan, mengendali pek makanan media dan blogger, rakaman video masakan, menyertai pelancaran produk baru dan juga aktiviti di hospital berlainan. Marina mecipta resipi-resipi untuk syarikat antarabangsa seperti McCormick dan Saladmaster, syarikat jualan langsung seperti Tupperware dan Amway, dan juga syarikat tempatan besar seperti F&N, Gardenia dan Lam Soon Group. Pada tahun 2014, Marina dijemput untuk memasak di hadapan presiden Turkmenistan Gurbanguly Berdimuhamedow, untuk Asiada Master-Class Cooking Event di Ashgabat. Selain itu, Marina pernah menyertai beberapa rancangan masakan, yang pertamanya adalah ‘Dari Dapur Marina’ di Astro Awani, diikuti dengan rancanganrancangan lain yang disiarkan di TV2, TV3 dan NTV7. Marina juga menguruskan sekolah masak untuk beberapa tahun, dengan fokus kepada masakan bersama kanak-kanak, di mana sekolah masak Marina mendapat sambutan hangat dari pihak media. Marina sekarang berkerjasama dengan The Culinary Studio untuk memulakan kelas masak secara berterusan. Tambahan pula, Marina adalah juga stailis makanan untuk Air Asia, Kentucky Fried Chicken dan Daisy Marjerin. Pada tahun 2019, Marina telah menulis sebuah buku masak untuk NuMee Gardenia Marina mencipta resipi untuk NuMee Gardenia bersama dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan khas untuk sekolahsekolah kebangsaan di mana resipi Marina diikuti dan dimasak oleh pengusaha kantin untuk dihidangkan di semua sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah seluruh Malaysia. Di samping itu, Marina juga mengajar memasak di masjid dan Pusat Spastik Selangor sebagai amal jariah selama 10 tahun. Secara ringkas, Marina berminat dan mahir dalam apa-apa yang berkenaan dengan makanan dan berkaitan dengan budaya dan keluarga. Marina sekarang mengutamakan masakan tradisional yang dimasak dengan cara moden dengan harapan yang masakan dulu-dulu tidak lupai. "
文章试读
"Kandungan 4 Prakata 6 Biodata 8 Pengenalan – Manisan Sejuk 9 Ramuan yang Digunakan 12 Kek Keju Tanpa Bakar 14 Trifle Buah 16 Mousse Lemon 18 Panna Cotta Strawberi 20 Puding Jagung Manis 22 Puding Kelapa Mangga 24 Tiramisu 26 Puding Karamel 28 Sorbet Tembikai 30 Slurpee Nanas dan Strawberi 32 Kulfi Kacang Pistachio 34 Tart Mini Lemon 36 Latte Jeli 38 Parfait Kek Keju 40 Panna Cotta Teh Hijau 42 Mousse Moka Coklat 44 Biskut Coklat Berlapis Limau 46 Pai Nanas Berkrim 48 Ais Sagu Mangga 50 Manisan Sagu Tembikai Wangi 52 Sup Manis Avokado 54 Pai Mentega Kacang 56 Crepe Cempedak 58 Popsicle Oren 60 Teh Susu Boba Gula Perang "