商品资料:
Description
内容简介
Piza sangat diminati oleh ramai di Malaysia. Beli saja di kedai atau buat pesanan untuk penghantaran dan piza akan sampai di rumah untuk sekeluarga. Piza tak perlu dihidangkan dengan pinggan dan senang sangat untuk dimakan. Tetapi malangnya, kebanyakan memilih untuk membeli piza. Apabila kita mula memasak piza sendiri dirumah, kita semestinya tidak akan membeli piza dari luar lagi. Resipi doh piza sebenarnya hanya menggunakan 5 bahan yang murah dan sangat senang didapati. Kalau ada bread maker atau mixer yang ada cangkuk doh, membuat piza sendiri di rumah sangatlah senang. Doh juga boleh disiapkan awal-awal dan dimasukkan ke dalam peti sejuk untuk mengembang perlahan-lahan dan boleh digunakan bila perlu. Di dalam buku ini, saya kongsikan resipi piza klasik seperti Piza Margerita dan Pepperoni dan Keju. Suami saya suka stik, jadi Piza Stik dan Cendawan menjadi pilihannya. Apabila kami ke Itali, saya kagum dengan Piza Terung dan Piza Kentang dan di sini saya kongsikan resipi-resipinya. Saya pula memanglah bangsa Malaysia tulen, jadi saya mencipta piza ala Malaysia iaitu Piza Sambal Udang Petai dan Piza Sambal Udang Kering dan Pegaga. Nikmatilah juga, piza manis saya sebagai pencuci mulut. Saya tak jemu memasak dan memakan Piza Buah Fig dan Krim Keju. Rekalah pizza tersendiri mengikut cita rasa keluarga dan mulailah dengan resipi-resipi piza saya sebagai asas
"Biodata Marina Mustafa adalah penulis buku masak dengan 14 buah buku berlainan tajuk. Setengah dari buku masakannya telah disenaraikan dalam kategori ‘buku masak terlaris’. Tiga daripada buku Marina telah memenangi anugerah Gourmand International Cookbook Awards di Perancis pada tahun 2017 dan 2018. Pada Disember 1991, keluarga Marina telah membuka restoran Cafe Dania dan mengendalikanya selama 14 tahun. Kebanyakan masakan yang dihidangkan adalah kontinental atau masakan ala barat. Marina ialah duta kepada Philips Malaysia dan telah berkhidmat semenjak tahun 2012. Kerjanya banyak melibatkan pengunaan alat perkakas dapur Philips dan Philips Avent. Di antaranya demontrasi masakan, menjadi hakim pertandingan masakan, mencipta resipi, menjalankan bengkel masakan, mengendali pek makanan media dan blogger, rakaman video masakan, menyertai pelancaran produk baru dan juga aktiviti di hospital berlainan. Marina mecipta resipi-resipi untuk syarikat antarabangsa seperti McCormick dan Saladmaster, syarikat jualan langsung seperti Tupperware dan Amway, dan juga syarikat tempatan besar seperti F&N, Gardenia dan Lam Soon Group. Pada tahun 2014, Marina dijemput untuk memasak di hadapan presiden Turkmenistan Gurbanguly Berdimuhamedow, untuk Asiada Master-Class Cooking Event di Ashgabat. Selain itu, Marina pernah menyertai beberapa rancangan masakan, yang pertamanya adalah ‘Dari Dapur Marina’ di Astro Awani, diikuti dengan rancanganrancangan lain yang disiarkan di TV2, TV3 dan NTV7. Marina juga menguruskan sekolah masak untuk beberapa tahun, dengan fokus kepada masakan bersama kanak-kanak, di mana sekolah masak Marina mendapat sambutan hangat dari pihak media. Marina sekarang berkerjasama dengan The Culinary Studio untuk memulakan kelas masak secara berterusan. Tambahan pula, Marina adalah juga stailis makanan untuk Air Asia, Kentucky Fried Chicken dan Daisy Marjerin. Pada tahun 2019, Marina telah menulis sebuah buku masak untuk NuMee Gardenia Marina mencipta resipi untuk NuMee Gardenia bersama dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan khas untuk sekolahsekolah kebangsaan di mana resipi Marina diikuti dan dimasak oleh pengusaha kantin untuk dihidangkan di semua sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah seluruh Malaysia. Di samping itu, Marina juga mengajar memasak di masjid dan Pusat Spastik Selangor sebagai amal jariah selama 10 tahun. Secara ringkas, Marina berminat dan mahir dalam apa-apa yang berkenaan dengan makanan dan berkaitan dengan budaya dan keluarga. Marina sekarang mengutamakan masakan tradisional yang dimasak dengan cara moden dengan harapan yang masakan dulu-dulu tidak lupai. "
文章试读
"Kandungan 4 Prakata 6 Biodata 8 Pengenalan – Piza Best 9 Ramuan yang Digunakan 11 Doh Piza Asas 12 Piza Margherita 14 Piza Pepperoni dan Keju 16 Piza Sosej dan Telur 18 Piza Stik dan Cendawan 20 Piza Pesto Cendawan 22 Piza Cendawan Butang 24 Piza Kubis Bunga dan Brokoli 26 Piza Salmon Salai dan Krim Keju 28 Piza Bayam dan Keju Feta 30 Piza Zaitun dengan Bawang Besar 32 Piza Cili Benggala Panggang 34 Piza Terung dengan Bawang Karamel 36 Piza Pepperoni Berkerak Keju 38 Piza Ayam Tandoori dan Yogurt 40 Piza Sambal Udang dan Petai 42 Piza Kari Ayam dan Kacang Pis 44 Piza Pedas Kambing dengan Bawang Besar 46 Piza Cili Padi dan Ikan Bilis 48 Piza Sambal Udang Kering dan Pegaga 50 Calzone Bayam dan Pepperoni 52 Piza Kentang dan Cili Hijau 54 Piza Buah Ara dan Krim Keju 56 Piza Pisang, Coklat dan Mentega Kacang 58 Piza Nutella 60 Piza Buah "