商品资料:
Description
内容简介
Kudapan untuk Kanak-kanak bukan sahaja buku memasak untuk kanakkanak sebagai panduan tahap permulaan. Ia juga memainkan peranan sebagai bimbingan kepada para ibu-bapa dan anak-anak sulung untuk menambatkan minat kanak-kanak kepada masakan rumah. Tiada kanak-kanak yang akan menolak Makaroni dan Keju atau Drumet Ayam Goreng yang enak. Nuget Ayam yang dimasak sendiri bukanlah perkara biasa tetapi ia pastinya lebih sedap dan sihat. Bebola Daging Kismis dan Burrito Gulung bukan sahaja seronok untuk dimasak, tetapi juga sangat sedap. Anak bongsu saya suka sangat membuat Roti Fairy dengan Nutella manakala Pop Kek sangatlah popular di parti kanak-kanak. Ajaklah adik-adik masuk ke dapur. Masaklah untuk mereka dan masaklah bersama mereka. Kita secara tidak langsung mengajar mereka kemahiran hidup serta memakan secara sihat. Yang paling penting sekali, ia menjalin ikatan mesra bersama anak-anak kita di dapur. Kenangan tidak boleh diganti dan saya harap
"Biodata Marina Mustafa adalah penulis buku masak dengan 14 buah buku berlainan tajuk. Setengah dari buku masakannya telah disenaraikan dalam kategori ‘buku masak terlaris’. Tiga daripada buku Marina telah memenangi anugerah Gourmand International Cookbook Awards di Perancis pada tahun 2017 dan 2018. Pada Disember 1991, keluarga Marina telah membuka restoran Cafe Dania dan mengendalikanya selama 14 tahun. Kebanyakan masakan yang dihidangkan adalah kontinental atau masakan ala barat. Marina ialah duta kepada Philips Malaysia dan telah berkhidmat semenjak tahun 2012. Kerjanya banyak melibatkan pengunaan alat perkakas dapur Philips dan Philips Avent. Di antaranya demontrasi masakan, menjadi hakim pertandingan masakan, mencipta resipi, menjalankan bengkel masakan, mengendali pek makanan media dan blogger, rakaman video masakan, menyertai pelancaran produk baru dan juga aktiviti di hospital berlainan. Marina mecipta resipi-resipi untuk syarikat antarabangsa seperti McCormick dan Saladmaster, syarikat jualan langsung seperti Tupperware dan Amway, dan juga syarikat tempatan besar seperti F&N, Gardenia dan Lam Soon Group. Pada tahun 2014, Marina dijemput untuk memasak di hadapan presiden Turkmenistan Gurbanguly Berdimuhamedow, untuk Asiada Master-Class Cooking Event di Ashgabat. Selain itu, Marina pernah menyertai beberapa rancangan masakan, yang pertamanya adalah ‘Dari Dapur Marina’ di Astro Awani, diikuti dengan rancanganrancangan lain yang disiarkan di TV2, TV3 dan NTV7. Marina juga menguruskan sekolah masak untuk beberapa tahun, dengan fokus kepada masakan bersama kanak-kanak, di mana sekolah masak Marina mendapat sambutan hangat dari pihak media. Marina sekarang berkerjasama dengan The Culinary Studio untuk memulakan kelas masak secara berterusan. Tambahan pula, Marina adalah juga stailis makanan untuk Air Asia, Kentucky Fried Chicken dan Daisy Marjerin. Pada tahun 2019, Marina telah menulis sebuah buku masak untuk NuMee Gardenia Marina mencipta resipi untuk NuMee Gardenia bersama dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan khas untuk sekolahsekolah kebangsaan di mana resipi Marina diikuti dan dimasak oleh pengusaha kantin untuk dihidangkan di semua sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah seluruh Malaysia. Di samping itu, Marina juga mengajar memasak di masjid dan Pusat Spastik Selangor sebagai amal jariah selama 10 tahun. Secara ringkas, Marina berminat dan mahir dalam apa-apa yang berkenaan dengan makanan dan berkaitan dengan budaya dan keluarga. Marina sekarang mengutamakan masakan tradisional yang dimasak dengan cara moden dengan harapan yang masakan dulu-dulu tidak lupai. "
文章试读
"Kandungan 4 Prakata 6 Biodata 8 Pengenalan – Kudapan untuk Kanak-kanak 9 Ramuan yang Biasa Digunakan 12 Roti Tawar Telur 14 Sandwic Keju Panggang dan Tomato 16 Piza Gulung Pinwheel 18 Burger Mini 20 Pankek Kentang 22 Mufin Cendawan, Bayam, Tomato dengan Telur 24 Burrito Gulung 26 Makaroni dan Keju 28 Nasi Goreng Mentega 30 Ayam Popcorn 32 Jejari Ikan 34 Drumet Ayam Goreng 36 Nuget Ayam 38 Kentang Baji Goreng 40 Bebola Daging Kismis 42 Roti Bawang Putih 44 Roti Keju Putar 46 Roti Fairy dengan Nutella 48 Pop Kek 50 Pisang Coklat Sejuk Beku 52 Cookie M&M 54 Kek Cawan Oreo 56 Smoothie Mentega Kacang 58 Milo Dinosaur 60 Slush Tembikai "