商品资料:
Description
内容简介
Sekarang, kesedaran berkenaan kesihatan menjadi semakin ketara. Makanan goreng, gula dan kabohidrat yang banyak tidak digalakkan. Jadi, penggoreng udara telah menjadi peralatan dapur yang sangat penting dalam menyenangkan proses masakan yang sihat. Walaupun penggoreng udara telah menerima sambutan yang hangat, ia masih tidak digunakan setinggi potensinya. Selepas menggunakan penggoreng udara selama beberapa tahun, saya sedar bahawa penggoreng udara bukanlah sahaja boleh menggoreng kentang goreng. Ia juga boleh digunakan untuk membakar kek, pai dan juga gril sate. Tauhu Begedil yang saya masak dengan penggoreng udara pun semakin mengembung dan ringan jika berbanding dengan yang digoreng dengan minyak. Keluarga masa kini semakin kecil, penggoreng udara paling sesuai sebagai perkakas untuk menyenangkan memasak. Anak-anak saya sangat berdikari untuk memasak sendiri dangan bantuan air fryer. Saya pula senang menggoreng Begedil Kentang, Karipap Sardin, Ayam Pandan dan mengril Ayam Percik, Ayam Teriyaki dan Ikan Bakar Sambal. Yang penting sekali, tidak payah susah-susah lagi naik buat pembersihan sebab tiada minyak yang percik di keliling dapur lagi. Saya amat suka menggoreng, membakar dan mengril sekarang dan saya harap resipi-resipi yang saya kongsikan dapat memberi idea memasak dengan penggoreng udara.
"Biodata Marina Mustafa adalah penulis buku masak dengan 14 buah buku berlainan tajuk. Setengah dari buku masakannya telah disenaraikan dalam kategori ‘buku masak terlaris’. Tiga daripada buku Marina telah memenangi anugerah Gourmand International Cookbook Awards di Perancis pada tahun 2017 dan 2018. Pada Disember 1991, keluarga Marina telah membuka restoran Cafe Dania dan mengendalikanya selama 14 tahun. Kebanyakan masakan yang dihidangkan adalah kontinental atau masakan ala barat. Marina ialah duta kepada Philips Malaysia dan telah berkhidmat semenjak tahun 2012. Kerjanya banyak melibatkan pengunaan alat perkakas dapur Philips dan Philips Avent. Di antaranya demontrasi masakan, menjadi hakim pertandingan masakan, mencipta resipi, menjalankan bengkel masakan, mengendali pek makanan media dan blogger, rakaman video masakan, menyertai pelancaran produk baru dan juga aktiviti di hospital berlainan. Marina mecipta resipi-resipi untuk syarikat antarabangsa seperti McCormick dan Saladmaster, syarikat jualan langsung seperti Tupperware dan Amway, dan juga syarikat tempatan besar seperti F&N, Gardenia dan Lam Soon Group. Pada tahun 2014, Marina dijemput untuk memasak di hadapan presiden Turkmenistan Gurbanguly Berdimuhamedow, untuk Asiada Master-Class Cooking Event di Ashgabat. Selain itu, Marina pernah menyertai beberapa rancangan masakan, yang pertamanya adalah ‘Dari Dapur Marina’ di Astro Awani, diikuti dengan rancanganrancangan lain yang disiarkan di TV2, TV3 dan NTV7. Marina juga menguruskan sekolah masak untuk beberapa tahun, dengan fokus kepada masakan bersama kanak-kanak, di mana sekolah masak Marina mendapat sambutan hangat dari pihak media. Marina sekarang berkerjasama dengan The Culinary Studio untuk memulakan kelas masak secara berterusan. Tambahan pula, Marina adalah juga stailis makanan untuk Air Asia, Kentucky Fried Chicken dan Daisy Marjerin. Pada tahun 2019, Marina telah menulis sebuah buku masak untuk NuMee Gardenia Marina mencipta resipi untuk NuMee Gardenia bersama dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan khas untuk sekolahsekolah kebangsaan di mana resipi Marina diikuti dan dimasak oleh pengusaha kantin untuk dihidangkan di semua sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah seluruh Malaysia. Di samping itu, Marina juga mengajar memasak di masjid dan Pusat Spastik Selangor sebagai amal jariah selama 10 tahun. Secara ringkas, Marina berminat dan mahir dalam apa-apa yang berkenaan dengan makanan dan berkaitan dengan budaya dan keluarga. Marina sekarang mengutamakan masakan tradisional yang dimasak dengan cara moden dengan harapan yang masakan dulu-dulu tidak lupai. "
文章试读
"Kandungan 4 Prakata 6 Biodata 8 Pengenalan – Resipi Air Fryer Sihat 9 Ramuan dan Rempah yang Biasa Digunakan 12 Sate 14 Ayam Percik 16 Ayam Pandan 18 Ikan Bakar Sambal 20 Udang Goreng Santan 22 Pais Ikan 24 Tauhu dan Tempe Goreng 26 Paf Tauhu 28 Begedil Kentang 30 Ladu Ayam 32 Karipap Sardin 34 Stik Ayam 36 Ayam Teriyaki 38 Lasagne Daging dan Terung 40 Kubis Bunga Bakar 42 Bebola Daging 44 Kentang Kipas Bakar 46 Jagung Bakar Berempah 48 Sandwic Tuna Meleleh 50 Paf Jem Strawberi 52 Cip Epal 54 Brownie 56 Kek Cawan Pisang 58 Kek Keju 60 Epal Crumble "