商品资料:
Description
内容简介
Pengenalan Buku 101 Kudapan ini mengandungi resipi kudapan yang mudah, enak dan senang diikuti dengan langkah demi langkah yang akan membantu anda untuk mencuba resipi-resipi mengikut sukatan yang diberikan dengan betul. Semoga dengan resipi yang Chef Zubaidah Che Pa hasilkan ini dapat membantu peminat buku untuk menjana pendapatan dari rumah dan memasak dengan berjaya untuk hidangan keluarga.
Mengenali Chef Zubaidah bte Che Pa Chef Zubaidah melibatkan diri dalam bidang masakan dan pembuatan pastri sejak tahun 2000. Beliau pernah mengambil kursus-kursus membuat pastri dan dilatih oleh pakar-pakar bidang masakan. Dengan lebih daripada 10 tahun pengalaman dalam memberi kursus-kursus pembuatan pastri, Chef Zubaidah amat arif dalam pembuatan pastry seperti biskut, roti, puding, pencuci mulut, kuih talam, kuih tradisional Melayu dan pelbagai jenis kek. Malahan, Chef Zubaidah pernah menerbitkan beberapa buah buku masakan pastri seperti “101 Resipi Biskut Klasik”, “101 Resipi Biskut Moden”, “Jamuan Biskut”, “40 Jenis Kek Stim” dan “Aneka Biskut Raya”. Beliau juga pernah menerbitkan artikel-artikel di dalam surat khabar Sinar dan majalah Rasa dan Saji. Selain membuat pastri, Chef Zubaidah juga pakar dalam mengajar jenis-jenis masakan seperti masakan tempatan, masakan Thai, masakan Cina, masakan Barat dan makanan sejuk beku Melayu. Kini, Chef Zubaidah memberi kursus-kursus membuat pastri dan masakan lain untuk orang-orang persendirian, pertubuhan dan kelab, institusi-institusi swasta dan kerajaan pada setiap hujung minggu. Anda boleh menghubungi Chef Zubaidah pada +6017-3787329 sekiranya anda mempunyai soalan-soalan mengenai resipi-resipinya.
文章试读
Kandungan 6 Prakata 8 Mengenali Chef Zubaidah bte Che Pa 10 Bahan-bahan Yang Lazim Digunakan Makanan Ringan 18 Popia Simpul 20 Kerepek Laksa Pedas 22 Rempeyek Kacang Hijau 24 Popia Sira Pedas 26 Muruku Kacang Pis 28 Rempeyek Kacang Dhal 30 Kerepek Bayam 32 Kacang Salut Pedas 34 Agar-agar Kering 36 Kerepek Popia Nestum 38 Muruku Warisan 40 Cornflake Sira Telur Masin 42 Bertih Jagung Karamel 44 Muruku Udang 46 Rempeyek Sayur Kucai 48 Cornflake Sira Oreo 50 Kerepek Popia Keju 52 Muruku Meletup 54 Kerepek Peria 56 Snek Ikan Rumpai Laut 58 Kerepek Popia Sira Udang 60 Muruku Krim Keju 62 Rempeyek Kacang Tanah 64 Cornflake Sira Tomyam 66 Kerepek Tempe Sira 68 Snek Jeli Sedap Bersalut Gula 70 Kerepek Jejari Ketam 72 Muruku Keju Twist 74 Kerepek Pasta Lada Hitam 76 Rempeyek Keju Makanan Sejuk Beku 78 Paratha Sardin Paf 80 Pau Kacang Merah 82 Murtabak Biskut Lemak 84 Murtabak Popia 86 Roti Boom 88 Samosa Daging 90 Sardin Gulung 92 Karipap Daging 94 Karipap Pusing 96 Pizza Mini 98 Karipap Bakar 100 Paf Sardin 102 Kroket Keju Aiskrim 104 Dadih 106 Aiskrim Yogurt 108 Aiskrim Bersalut Coklat 110 Aiskrim Bersos Coklat 112 Aiskrim Limau Susu 114 Aiskrim Pelangi 116 Aiskrim Karamel Butterscotch 118 Aiskrim Marshmallow Gummy 120 Aiskrim Cendol 122 Aiskrim Blue Ocean Oreo 124 Aiskrim Keju Blueberi 126 Aiskrim Coklat Kuih & Biskut 128 Samosa Mini 130 Kuih Siput 132 Kuih Gunting 134 Kuih Ros 136 Kuih Kapit 138 Kuih Buah Rotan 140 Karipap Mini 142 Tapai Pulut 144 Apam Balik 146 Denderam 148 Lempeng Klasik 150 Cakoi 152 Tauhu Bergedil 154 Cheezy Kentang Panggang 156 Apam Mekar 158 Batang Buruk 160 Tiram 162 Biskut Nutella Afghan 164 Biskut Mentega Baldu Merah 166 Biskut Badam Hitam 168 Biskut Dahlia Baldu Merah 170 Biskut Nestum Cip 172 Biskut Rangup Kekacang 174 Biskut Crunchy Oreo 176 Biskut Truffle Coklat 178 Jejari Coklat Nestum 180 Tat Nanas Kek, Tat & Paf 182 Makaron Mini 184 Churro 186 Tat Buah 188 Quiche Tuna Cendawan 190 Tat Telur Portugis 192 Éclair Coklat 194 Paf Krim 196 Tanduk Krim 198 Kek Coklat Lembap 200 Kek Cawan Coklat Bersira 202 Kek Cawan Pandan Berkrim 204 Kek Keju Kapas 206 Kek Keju Hanjuku 208 Tat Keju Blueberi 210 Tat Keju Nutella 212 Tat Keju Baldu Merah 214 Tat Keju Pelangi 216 Tat Keju Strawberi 218 Tat Tuna Pedas