商品资料:
Description
内容简介
"Pergi! Jangan masuk sini! Pergi!" "Aku? Kau nak aku pergi ke?" Amar tuding dirinya sendiri. "Orang belakang kau tu. Pergi!" Bulu roma tengkuk Amar meremang serta-merta. Dia toleh belakang. Tiada sesiapa. "Mu... muka dia macam mana? Soal Amar tersekat-sekat. Ada benda ganggu Amar. Ia warisan dan dendam. Tapi dia tak percaya. Baginya kejadian paranormal tak wujud dan hanya mainan minda. Tuduhan orang kampung terhadap ayahnya yang gila buat dia tekad belajar bidang psikologi. Gangguan berterusan mula buat Amar bingung. Sehinggalah dia jumpa pesakit mental bernama Guntur dalam sebuah sel gelap!