商品资料:
Description
内容简介
Dingin, kaku, datar... itu watak penuh misteri Tengku Ishaan Danish. Dia makhluk paling sinis dan selalu menghuru-harakan hidup sesiapa saja yang berperang dengannya kecuali seseorang... "Awak yang buatkan saya jadi tak tentu arah dan sekarang, awak tanya pulak apa yang saya nak buat? Huh. Sepatutnya fikir habis-habis sebelum buat sesuatu. Kalau tak macam inilah jadinya. Awak juga yang dapat akibatnya." -TENGKU ISHAAN DANISH "Saya dah buat apa Tengku? Apa yang saya dah buat sampai Tengku tergamak nak buat begini pada saya? Apa salah saya?" -NURUL SARAH Nurul Sarah, gadis itu biasa saja orangnya. Lurus bendul, tapi itulah yang mengikat jiwa Tengku Ishaan Danish. Sarah pulak, nak jatuh cinta dengan Tengku Ishaan Danish memang rasanya tak masuk dalam list hidupnya. Akalnya tak cuku kuotakah sampai nak mempertaruhkan nasib di tangan ketua gangster. Tapi, bila tengku Ishaan Danish mengusik hatinya berkali-kali, Sarah tak tentu arah. Bila gangster jadi romantis habis, Sarah terkena panahan jiwa. Benar... pekerjaan paling sulit adalah membenci dan mencintai sekali gus. Kisah mereka penuh hitam putih. Wujudnya Dellina yang sentiasa mengejar Tengku Ishaan Danish. Munculnya Dahlan yang berdendam sejak pertunangannya dengan Sarah terputus. Pilihan terbaik sudah termaktub... gambaran hati sudah terlihat. Tapi, mengapa bahagia, dendam, penyesalan... semuanya bercampur menjadi satu rasa? Kesinambungan apa yang diinginkan oleh mereka