商品资料:
Description
内容简介
Tidak ada jaminan bahawa kita boleh terlepas daripada dihumban ke dalam neraka. Seandainya terjadi, ia adalah detik yang sangat malang dan sangat merugikan. Hidup selama 1000 tahun sekalipun, langsung tidak ada makna. Sedih sungguh. Namun kesedihan pada saat itu sudah tidak berguna lagi. Sementara masih bernyawa inilah kesempatan untuk kita membuat persiapan dan beramal sebanyak-banyaknya supaya kita diselamatkan daripada api neraka. Buku ini tidak menampilkan kisah seram dan menakutkan yang menaikkan bulu roma. Ustaz Ahmad Dusuki mahu kita mengambil ibrah daripada setiap ayat al-Quran dan hadis berkenaan neraka yang terdapat dalam buku ini. Antara yang dikupas: o Nama-nama neraka dan sifat-sifatnya o Nama pintu-pintu neraka o Gambaran neraka o Makanan, minuman, pakaian dan tempat tidur di neraka o Api neraka berbicara o Hari-hari terakhir di neraka dan banyak lagi.