商品资料:
Description
内容简介
Memasak di dapur ada kalanya mengambil masa yang lama sekiranya tidak dirancang dengan betul. Namun itu semua boleh diatasi dengan bantuan pelbagai alat canggih yang boleh membantu menyingkatkan masa memasak. Di dalam buku ini, Chef Suwarsi M. Arukin berkongsi pelbagai resipi menarik merangkumi lauk-pauk, kuih-muih, nasi, hidangan masakan barat, menu fusion juga tradisional dan banyak lagi. Tak perlu bimbang, kesemua resipi ini sangat mudah dan cepat untuk disiapkan. Dengan adanya lima peralatan dapur popular dan serba guna iaitu ketuhar pembakar, periuk nasi, periuk tekanan, kuali ‘wok’dan kuali leper, lebih ramai di luar sana akan rajin untuk turun ke dapur memasak untuk hidangan keluarga. Menarik bukan? Bukan sahaja menjimatkan masa, ia boleh digunakan oleh kesemua ahli keluarga untuk sama-sama menyediakan hidangan di dapur. Khasiat makanan juga terpelihara. Tunjukkan kehebatan anda di dapur dengan mempelbagaikan menu untuk keluarga tersayang. “Jika anda boleh makan, pasti anda juga boleh memasak!”
Mengenali Chef Suwarsi M. Arukin • Chef Suwarsi M. Arukin juga lebih dikenali sebagai Chef Sue, merupakan chef selebriti yang telah berkecimpung dalam bidang masakan sejak hampir 20 tahun yang lalu. • Beliau banyak menyumbangkan pelbagai resipi kepada banyak penerbitan termasuk majalah, akhbar-akhbar, TV / radio, syarikat-syarikat pengeluar makanan dan lain-lain, antaranya: Rasa, Rapi, Wanita, Jelita, Saji, Mingguan Wanita, Keluarga, Nona, Nur, Dapur Impiana, Harmoni, Midi, Sinar Harian, Berita Harian, Utusan Malaysia, Flavours dan banyak lagi. • Beliau juga menulis pelbagai genre buku masakan dan telah menghasilkan 10 buku masakan setakat ini, kebanyakannya mendapat sambutan hangat dari pembaca dan ada antaranya yang menjadi ‘best seller’. • Beliau juga merupakan tenaga pengajar kepada pelbagai jenis kelas masakan dan juga sering dipanggil untuk menjadi juri kepada pelbagai pertandingan masakan. • Beliau pernah mewakili Malaysia bersama beberapa orang chef lain untuk membuat demo masakan pada Asean Day beberapa tahun lalu. • Beliau sering bekerjasama dengan pelbagai syarikat pengeluar makanan dalam pembangunan resipi (recipe development) dan menjadi ‘food consultant’ untuk sesuatu jenama makanan seterusnya menjadi jurucakap dan mewakili syarikat berkenaan dalam siri demo memasak di seluruh negara. • Hobi beliau yang suka melancong banyak membuka mata dan mendapat ilham dalam mengetengahkan resipi-resipi baru. Justeru, dalam setiap buku yang ditulis beliau, pasti terdapat pembaharuan dari segi teknik dan bahan-bahan yang digunakan.
文章试读
"Kandungan 6 Prakata Periuk Nasi 10 Nasi Santan Halba 12 Nasi Berempah Daging 14 Nasi Ayam Harum 16 Mihun Sup Ayam 18 Mi Celup Siam 20 Mihun Tom Yam Sayur 22 Ayam Teriyaki Brokoli 24 Sotong Kicap Pedas 26 Sambal Rebus Hancur 28 Sup Wantan Udang 30 Sup Tom Yam Campur 32 Singgang Makanan Laut 34 Pasta Berkuah Kari 36 Risotto Lemon Ayam 38 Labu dan Makaroni Berkeju 40 Makaroni dan Keju 42 Kek Epal Ala Amerika 44 Kek Mentega Oren 46 Kek Pisang Lembut 48 Bubur Kacang dan Nangka Kuali ‘Wok’ 52 Daging Goreng Cili Ala Thai 54 Ayam Masak Oren 56 Ayam Goreng Ala Korea 58 Daging Kisar Masak Cili dan Kimchi 60 Sotong Tumis Taucu 62 Udang Gajus Cili Kering 64 Kale Goreng Ikan Masin 66 Zukini Udang Kering 68 Pasta Angel Hair Goreng Pedas 70 Nasi Goreng Belacan Nanas 72 Nasi Goreng Ketam Ala Siam 74 Mihun Goreng Tom Yam 76 Kuetiau Kungfu 78 Mi Goreng Asparagus dan Kupang 80 Mi Segera Goreng Mamak 82 Linguine Ayam Kicap 84 Tauhu dan Rebung Cili Padi 86 Pisang Goreng Bercili 88 Kuih Vadai 90 Mi Ramen Daging Cili Benggala 92 Cucur Udang Kucai Kuali Leper 96 Ikan Goreng Berlada 98 Filet Ikan Panggang Lemon 100 Bayam dan Labu Berkrim 102 Kacang Buncis Tumis Bijan 104 Shakshuka Bebola Daging Tomato 106 Telur Dadar Makanan Laut 108 Burger Daging dan Telur 110 Stroganoff Daging 112 Stik Ayam Oriental 114 Ayam Mentega Lemon 116 Rusuk Kambing Panggang dengan Air Asam 118 Filet Salmon Cajun 120 Fritata Cendawan Berkeju 122 Pasta Bebola Daging dan Zukini 124 Lempeng Ubi dan Kelapa 126 Puding Nasi Ubi Keledek 128 Crepes Campuran Beri 130 Pai Biskut Oat 132 Pankek Ubi Keledek Ungu 134 Remahan Epal Ketuhar Pembakar 138 Kepak Ayam Bakar Madu 140 Kaserol Ayam Ringkas 142 Ayam Bakar BBQ 144 Ikan Tenggiri Panggang 146 Salmon Rebus Bakar Lemon 148 Tomato, Cendawan dan Bawang Bakar 150 Telur Dadar Bakar Berkeju 152 Pizza Ekspres 154 Lasagna Daging 156 Roti Pizza Sosej 158 Quiche Telur dan Pepperoni 160 Tart Telur Masin 162 Mafin Telur Bersayur 164 Mafin Campuran Beri 166 Biskut Lembut Cip Coklat 168 Brownies Mentega Kacang 170 Bar Tenaga 172 Kek Cawan Lobak Merah 174 Kek Cawan Kekacang 176 Pai Keju Susu Periuk Tekanan 180 Asam Rebus Daging Tetel 182 Ayam Panggang Rosemary 184 Bubur Barli Pisang 186 Ayam Masak Lada Hitam 188 Bebola Daging Bolognese 190 Bubur Pulut Hitam Durian 192 Daging Goreng Kunyit Pedas 194 Daging Kicap Pedas 196 Kari Daging Ubi Kentang 198 Kurma Kambing 200 Lemak Cili Padi Tenggiri dan Belimbing Buluh 202 Rendang Ayam Kampung 204 Stew Daging, Kentang dan Lobak Merah 206 Sardin Homemade 208 Sup Kambing Berempah 210 Sup Tulang Ala Thai 212 Udang Masak Tomato 214 Pulut Lemak Biru 216 Kek Marble Jelita 218 Kek Coklat Lembap "