商品资料:
Description
内容简介
Bukan semua masakan yang sedap perlu melalui proses yang memeningkan dan panjang lebar. Kebanyakan masakan yang sedap hanya memerlukan bahan yang sedikit dan cara yang sangat mudah. Berpegang kepada prinsip ini, Chef Zalina Yahaya sajikan 101 Resipi Masakan Mudah dan Cepat khas untuk anda. Buku masakan ini menghimpunkan semua resipi-resipi mudah, ringkas dan senang dibuat oleh sesiapa sahaja, walaupun anda tidak pandai memasak. Kebanyakan resipi-resipi mudah seperti Tom Yum Khung, Kari Kepala Ikan Ala Mamak, Ikan Kukus Air Thai dan Kari Ikan Mat Sabu adalah antara resipi-resipi yang menjadi viral dan mendapat perkongsian ramai di Facebook. Semua pengalaman ini disimpan kemas oleh Chef Zalina dan disajikan di dalam buku ini. Semoga ia memberikan inspirasi kepada anada semua untuk memasak menggunakan bahan dan Teknik yang mudah.
BIODATA Mengenali Chef Zalinan Yahaya • Dilahirkan di Pulau Langkawi, Kedah pada 22 Oktober 1970. • Berkahwin dengan suami kesayangan, Shamsul Azman Alias pada tahun 2005. • Tamat pengajian di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Father Barre’s Convent, Sungai Petani, Kedah. • Meneruskan pengajian (Tingkatan Enam) di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim, Sungai Petani, Kedah. • Melanjutkan pengajian tinggi di Univesiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang – Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kewartawanan). • Terus melanjutkan pengajian di Malaysian Institute of Baking (MIB), Petaling Jaya, Selangor. • Beliau juga mengikuti kursus-kursus kulinari di dalam dan luar negara. • Sebelum menceburi bidang bakeri dan kulinari, beliau pernah bekerja sebagai seorang wartawan selama 10 tahun di syarikat akhbar Utusan Melayu (M) Bhd. • Mula menceburi dunia bakeri dan kulinari sejak tahun 2006. Bermula dengan pembukaan Bzee Café & Bakery pada Jun 2006 sehingga kini. • Selain bakeri, beliau juga aktif menawarkan kelas bakeri khusus dalam bidang kek, pastry dan roti sejak tahun 2009. Kursus-kursus yang ditawarkan termasuk kursus persendirian dan peserta berkumpulan tajaan jabatan-jabatan kerajaan. Modul kelas adalah hasil ciptaan dan olahan daripada beliau. • Antara resipi pencuci mulut yang paling popular dan banyak digunakan oleh pelajar sehingga kini ialah Durian Crepe. Dianggarkan lebih daripada 1,000 pelajar telah mempelajari resipi eksklusif durian Crepe ini secara terus daripada beliau. • Sehingga kini, beliau masih aktif mencipta dan mengolah pelbagai resipi untuk digunakan pelajar.
目录
Kandungan 6 Prakata 8 Mengenali Chef Zalina Yahaya 10 Ramuan dan Rempah yang Biasa Digunakan Daging 18 Kari Daging Utara 20 Masak Lemak Cili Padi Daging dengan Belimbing Buluh 22 Singgang Daging 24 Daging Goreng Kunyit 26 Daging Salai Goreng Pedas 28 Goulash Ekor Lembu 30 Daging Masak Merah 32 Daging Goreng Kerisik 34 Gulai Daging dan Rebung Utara 36 Sup Tulang Thai 38 Daging Goreng Lada Hitam 40 Daging Masak Hitam 42 Kerabu Daging Ala Thai Ayam dan Itik 44 Kurma Ayam 46 Rendang Ayam Negeri Sembilan 48 Ayam Raprik 50 Ayam Masak Sambal Hijau 52 Ayam Masak Lemon Mentega 54 Stik Ayam Hainan 56 Gulai Ayam dengan Pucuk Ubi 58 Asam Pedas Ayam 60 Ayam Gajus 62 Ayam Serai Berlada 64 Ayam Masak Merah Sempoi 66 Ayam Masak Kicap Pedas 68 Ayam Goreng dengan Sos Thai 70 Kerabu Ayam Ala Thai 72 Gulai Itik Salai dengan Pegaga Ikan 74 Ikan Kukus Ala Thai 76 Singgang Air Kelapa Muda 78 Kari Ikan Mat Sabu 80 Pindang Ikan Kembung 82 Jenahak Masak Cuka 84 Sardin Masak Lemak Cili Padi dan Belimbing Buluh 86 Patin Masak Tempoyak 88 Ikan Lengat Goreng dengan Sambal Pedas 90 Gulai Ikan Masin Tumis Darat 92 Asam Pedas Ikan Pari 94 Tenggiri Masak Taucu 96 Ikan Merah Masak Lemak Berlada Hitam 98 Kari Kepala Ikan Ala Mamak Masakan Laut 100 Kari Ketam Nanas 102 Kari Sotong dengan Ubi Kentang 104 Kari Udang dengan Kacang Buncis 106 Retak Seribu Goreng Pedas 108 Masak Lemak Cili Padi Udang dan Nanas 110 Rendang Kerang 112 Tom Yum Khung 114 Tom Yum Putih Makanan Laut Sayur-sayuran 116 Terung Telunjuk Goreng Pedas 118 Pajeri Nanas 120 Sayur Brokoli Bersos Tiram 122 Kulit Tembikai dengan Udang 124 Pucuk Paku dan Cendawan Sisir Goreng Pedas 126 Terung Bakar dengan Sambal Udang Kering 128 Cendawan Sisir Masak Lemak Cili Padi 130 Rendang Pegaga 132 Gulai Betik 134 Sayur Manis Asam 136 Terung Pipit Goreng Pedas 138 Ubi Kentang Goreng Pedas Telur dan Tauhu 140 Shashuka 142 Gulai Telur Itik 144 Telur Dadar Daun Petai 146 Tauhu Kukus dengan Daging Cincang 148 Tauhu Pergedil 150 Kurma Telur 152 Sup Tauhu Telur Kerabu dan Pencicah 154 Kerabu Ikan Bilis dan Kedondong 156 Kerabu Suhun dan Udang 158 Kerabu Mi Segera 160 Air Asam Tomato 162 Air Asam Cili Padi 164 Sambal Belacan Mangga Muda 166 Sambal Gesek Nasi, Bubur, Spageti dan Mi 168 Nasi Lemak Jintan dan Sambal Ikan Kering 170 Nasi Goreng Kampung 172 Nasi Ayam Hainan 174 Nasi Jagung Kranberi dengan Ayam Masak Merah Sempoi 176 Pulut Tanak Ekspres dengan Ikan Kering 178 Bubur Nasi Berlauk dengan Telur Goreng Sawi Jeruk 180 Mi Goreng Hailam 182 Macaroni Goreng Pedas 184 Aglio E Olio Roti dan Pizza 186 Pizza Udang Segera 188 Roti John 190 Tortilla Ayam dan Cendawan Kek, Kudapan dan Manisan 192 Kek Chocolate Mudah Tanpa Telur 194 Kek Marble Kampung 196 Lempeng Kelapa dengan Sambal Ikan Bilis 198 Cekodok Pisang 200 Jemput-jemput Jagung 202 Roti Puri dan Kari Sardin 204 Jemput-jemput Ikan Bilis dan Sayur 206 Cucur Badak 208 Serawa Durian dan Pulut Lemak Segera 210 Cucur Udang Rangup 212 Pulut Inti 214 Cucur Jejari Ketam 216 Kuih Cara Berlauk 218 Bubur Jagung