商品资料:
Description
内容简介
"Bau makanan yang baru dipanggang menggamit selera sesiapa saja. Campuran rempah-ratus bersama dedaun herba, aneka sos dan pelbagai ramuan lagi menjadikan sajian panggang sungguh istimewa. Memang tidak sukar menyediakan makanan berpanggang. Yang mustahak ia mesti diperap supaya bumbunya akan meresap ke dalam bahan utama seperti ayam, ikan, daging, makanan laut dan seumpamanya. Apabila memanggang, boleh pilih cara yang digemari. Misalnya, memanggang di atas bara api semestinya dilakukan di luar rumah. Manakala menggunakan pemanggang eletrik boleh dibuat di ruang makan kecuali ia menghasilkan terlalu banyak asap. Memasak di atas kuali leper juga memberi efek seperti memanggang. Satu lagi cara ialah memanggang dengan gril di dalam ketuhar. Suhu dan jarak makanan dengan pemanas gril mestilah sesuai. Jika ia dipanggang begitu saja, makanan mesti direnjis dengan baki perapan supaya makanan kekal lembap dan tidak kering. Gembirakan orang tersayang dengan Kebab Udang dengan Herba, Siakap Limau Bercili, Ikan Gril dengan Petai dan lain-lain. Nikmati masakan panggang yang dimasak di rumah dengan 25 resipi di dalam buku ini!
"• Dilahirkan di Bentong, Pahang. Merupakan pelajar di Assunta Convent MGS Kuantan. Meneruskan pengajian di Grimsby College of Technology dan Cardiff Tutorial College, United Kingdom. Pernah bekerja di firma swasta serta menjadi guru sandaran. Menjadi chef jemputan di Blue Wave Hotel, Shah Alam. Pernah terlibat dengan projek santapan di Restoran Mamanda, Singapura. Merupakan Adjunct Lecturer di Management and Science University, Shah Alam. • Telah menulis 122 buah buku dalam pelbagai genre. Antaranya 88 buah buku masakan dan ada yang dijual di Australia. Hasil sastera yang lain termasuklah novel, buku kanak-kanak, bukan fiksyen, buku coffee-table dan majalah. Drama 20 episod yang ditayangkan di Astro adalah diinspirasikan daripada novel ‘Ulam Kasih Sambal Cinta’. • Dilantik sebagai moderator untuk bengkel penulisan novel dan masakan. Dijemput sebagai ahli panel untuk forum dan seminar yang dianjurkan oleh sekolah, kolej dan universiti. Pernah muncul dalam lebih 100 program TV dan radio. Turut menjadi co-host “Bake & Sell” (rancangan realiti TV). Selain itu, merupakan Brand Ambassador bagi minyak masak Vesawit. • Sebagai Pembentang Kertas Kerja di Kongres Warisan Melayu Sedunia. Juga aktif sebagai editor Persatuan Sejarah Selangor dan Ahli Chefs Association of Malaysia.
文章试读
"Kandungan 4 Prakata 6 Biodata 7 Pengenalan – Resipi Panggang Sedap 8 Ramuan dan Rempah yang Digunakan 12 Ayam Tandoori 14 Kebab Udang dengan Herba 16 Daging Kambing Bersos 18 Sotong Panggang Masam dan Manis 20 Salmon Sitrus Panggang 22 Kebab Sayur-sayuran 24 Otak-otak Udang 26 Sheekh Kambing 28 Ayam Panggang Honey Mustard 30 Udang Air Asam Kerisik 32 Pais Siakap Berlabu dengan Kantan 34 Daging Lilit Nanas 36 Burger Sayur 38 Ikan Pari Cicah Salsa Cili Padi 40 Daging Mentega Bawang Putih Panggang 42 Cili Sumbat Berserai 44 Siakap Limau Bercili 46 Sate Ayam Bersos 48 Sotong Gril Bercili 50 Cendawan Portobello Sumbat 52 Timun Panggang Berinti 54 Ikan Gril dengan Petai 56 Udang Gril Istimewa 58 Stik Kambing Panggang 60 Pais Kelapa Bertelur