商品资料:
Description
内容简介
"Ingin menikmati manisan yang enak tetapi tidak memiliki ketuhar? Jangan risau! Buku masakan ini menyajikan 25 manisan lazat yang pasti akan membuat anda teruja. Anda akan mendapat pengalaman kaedah menyediakan manisan di atas dapur, kesemuanya dijelaskan bersama foto langkah-demi-langkah. Cubalah Halwa Badam atau Halwa Suji yang amat mudah. Kagumkan keluarga dan rakan taulan ketika makan malam dengan Tiramisu Buah-buahan atau Biskut Lasagne. Gemarkan Oreo? Anda boleh cuba Bebola Oreo Kek Keju atau Tat Biskut. Mahukan manisan dengan buah-buahan? Anda boleh pilih antara Terrine Buah, Nenas dengan Sirap atau Pisang Butterscotch. Pir dengan Sos Merah juga menggoda selera disajikan bersama krim yang lazat. Tiada kaedah mengelirukan, hanya merenih perlahan. Bagi yang inginkan lebih cabaran, anda boleh cuba Kek Lapis Goreng atau Kek Aiskrim atau Crepe Berlapis yang cair di dalam mulut. Malah kek dan biskut (yang agak kenyal) boleh disediakan di atas dapur! Terdapat juga manisan yang amat menggoda seperti Panna Cotta atau Krim Bavaria. Kini telah terbukti bahawa anda tidak perlukan oven untuk menghasilkan manisan yang terhebat sehingga keluarga dan tetamu tidak sabar untuk menambah lagi.
"• Dilahirkan di Bentong, Pahang. Merupakan pelajar di Assunta Convent MGS Kuantan. Meneruskan pengajian di Grimsby College of Technology dan Cardiff Tutorial College, United Kingdom. Pernah bekerja di firma swasta serta menjadi guru sandaran. Menjadi chef jemputan di Blue Wave Hotel, Shah Alam. Pernah terlibat dengan projek santapan di Restoran Mamanda, Singapura. Merupakan Adjunct Lecturer di Management and Science University, Shah Alam. • Telah menulis 122 buah buku dalam pelbagai genre. Antaranya 88 buah buku masakan dan ada yang dijual di Australia. Hasil sastera yang lain termasuklah novel, buku kanak-kanak, bukan fiksyen, buku coffee-table dan majalah. Drama 20 episod yang ditayangkan di Astro adalah diinspirasikan daripada novel ‘Ulam Kasih Sambal Cinta’. • Dilantik sebagai moderator untuk bengkel penulisan novel dan masakan. Dijemput sebagai ahli panel untuk forum dan seminar yang dianjurkan oleh sekolah, kolej dan universiti. Pernah muncul dalam lebih 100 program TV dan radio. Turut menjadi co-host “Bake & Sell” (rancangan realiti TV). Selain itu, merupakan Brand Ambassador bagi minyak masak Vesawit. • Sebagai Pembentang Kertas Kerja di Kongres Warisan Melayu Sedunia. Juga aktif sebagai editor Persatuan Sejarah Selangor dan Ahli Chefs Association of Malaysia.
文章试读
"Kandungan Prakata 6 Biodata 7 Pengenalan – Manisan Tanpa Oven Lazat 8 Ramuan yang Digunakan 12 Mousse Coklat Putih dengan Sos Pekat Pic 14 Krim Bavarian 16 Sira Nanas 18 Dadar Berlapis 20 Tat Berbiskut 22 Kek Aiskrim 24 BrownieTanpa Bakar 26 Terrine Buah-buahan 28 Mousse Vanila-coklat 30 Tiramisu Mangga 32 Parfe Tiga Lapis 34 Bebola Kelapa dengan Kastard Pandan 36 Jejari Mentega Kacang 38 Pir Bersos Merah 40 Panna Cotta dengan Sos Raspberi 42 Bebola Kek Keju Oreo 44 Kek Vanila Periuk 46 Kek Lapis Jantung 48 Fudge 50 Pisang Butterscotch 52 Halwa Badam 54 Biskut Cip Coklat 56 Roti Kukus Kismis 58 Biskut Lasagna 60 Halwa Suji