商品资料:
Description
内容简介
"Ayam goreng sememangnya kegemaran ramai. Sudah bosan dengan resipi ayam goreng yang biasa? Cubalah 25 resipi ayam goreng yang pasti memikat selera, apatah lagi ia menjadi kegemaran di tempat berbeza di seluruh dunia. Buku ini membawa anda meneroka bukan sahaja resipi ayam goreng di Indonesia, Australia dan Eropah tetapi juga resipi yang berusia 300 tahun dari Amerika Syarikat! Nampaknya ayam goreng disukai ramai sejak dahulu kala. Untuk mendapatkan ayam goreng yang sedap, daging ayam mestilah diperap terlebih dulu. Jika proses pemerapan pada suhu bilik, jangka waktunya mestilah tidak melebihi 4 jam. Ini adalah kerana bakteria akan mula membiak. Jadi, adalah lebih baik ayam dan bahan diperap dalam bekas bertutup, dan diletak di dalam peti ais sehingga tiba waktu memasak. Adalah disarankan agar ayam dicair beku sebelum menggorengnya. Gunakan minyak yang banyak supaya seluruh ayam tenggelam. Apabila meletakkan ayam ke dalam minyak, lakukan dengan perlahan-lahan supaya salutan bahagian bawah ayam tidak mengelupas. Ini akan mengelak ayam daripada melekat di dasar kuali. Semoga resipi ayam goreng dari seluruh dunia ini akan menjadi kegemaran anda sekeluarga. Selain mudah untuk disediakan, ia juga “Pasti Jadi”. Berbaloi untuk dicuba!
"• Dilahirkan di Bentong, Pahang. Merupakan pelajar di Assunta Convent MGS Kuantan. Meneruskan pengajian di Grimsby College of Technology dan Cardiff Tutorial College, United Kingdom. Pernah bekerja di firma swasta serta menjadi guru sandaran. Menjadi chef jemputan di Blue Wave Hotel, Shah Alam. Pernah terlibat dengan projek santapan di Restoran Mamanda, Singapura. Merupakan Adjunct Lecturer di Management and Science University, Shah Alam. • Telah menulis 122 buah buku dalam pelbagai genre. Antaranya 88 buah buku masakan dan ada yang dijual di Australia. Hasil sastera yang lain termasuklah novel, buku kanak-kanak, bukan fiksyen, buku coffee-table dan majalah. Drama 20 episod yang ditayangkan di Astro adalah diinspirasikan daripada novel ‘Ulam Kasih Sambal Cinta’. • Dilantik sebagai moderator untuk bengkel penulisan novel dan masakan. Dijemput sebagai ahli panel untuk forum dan seminar yang dianjurkan oleh sekolah, kolej dan universiti. Pernah muncul dalam lebih 100 program TV dan radio. Turut menjadi co-host “Bake & Sell” (rancangan realiti TV). Selain itu, merupakan Brand Ambassador bagi minyak masak Vesawit. • Sebagai Pembentang Kertas Kerja di Kongres Warisan Melayu Sedunia. Juga aktif sebagai editor Persatuan Sejarah Selangor dan Ahli Chefs Association of Malaysia.
文章试读
"Kandungan Prakata 6 Biodata 7 Pengenalan – Ayam Goreng Sedunia 8 Ramuan yang Digunakan 12 Ayam Milanesa (Itali) 14 Kepak Goreng (Sepanyol) 16 Ayam Kerala (India) 18 Ayam Berempah (Sri Lanka) 20 Ayam Ungkep (Tanah Jawa) 22 Ayam Goreng Kuning (Sulawesi) 24 Drumet Goreng Belacan (Sumatera) 26 Jejari Ayam Bercili (Bali) 28 Ayam Bonchon Bawang Putih (Korea Selatan) 30 Kepak Ayam Maltosa (China) 32 Karaage Ayam (Jepun) 34 Nugget Tempura (Jepun) 36 Ayam Herba (Jamaica) 38 Paha Rangup (Australia) 40 Ayam Maryland (Amerika) 42 Dada Ayam Goreng (Morocco) 44 Ayam Goreng Selatan (Amerika) 46 Ayam Goreng Klasik (Caribbean) 48 Ayam Goreng 1736 (Amerika 300 tahun lalu) 50 Paha Ayam Goreng (Scandinavia) 52 Ayam Salut Suji (Greece) 54 Ayam Gochujang (Korea Selatan) 56 Ayam Goreng Keemasan (New Zealand) 58 Kawangling Pinoy (Filipina) 60 Ayam Goreng (Afrika Selatan) "