商品资料:
Description
内容简介
Aisyah Humairah. Gadis malang yang terpilih untuk menyaksikan sendiri kecurangan insan yang dia cintai di hadapan matanya sendiri. Dia terluka. Hatinya hancur dengan onar yang dibuat oleh Tuah Iskandar dan Camelia. Jebat Zulkairnain. Si perengus yang muncul di saat Aisyah masih diburu dengan kenangan yang begitu menyakitkan. Setiap hari dihidangkan dengan kata-kata manis, hati mana yang tidak cair. Kesungguhan serta romantisnya seorang Jebat berjaya memikat hati Aisyah. Tanpa sedar, hatinya dah terjatuh sayang pada si perengus yang egonya tinggi melangit itu. Namun, bahagianya hanya sementara. Bila rahsia itu terbongkar, hati Aisyah hancur lebur. Bahagia yang dia impikan, derita yang dia dapat. Jebat muncul dalam hidupnya hanya untuk menyakiti. Cinta Jebat padanya hanyalah helah untuk pemuda itu melunaskan dendamnya. “Sebesar kuman pun, tiada cinta dalam hati aku untuk perempuan macam kau ni. Kau tak layak untuk berada dalam hati aku.” “Kalau tiada sayang, kenapa awak biarkan saya terus merasa sayalah wanita yang paling bahagia bila bergelar isteri pada suami yang paling saya cinta?” “Sebab aku nak kau rasa balik setiap kesakitan dan derita yang kau hadiahkan untuk orang yang aku sayang. Aku akan pastikan setiap nafas yang kau hela, akan beralaskan duri yang amat tajam.” Aisyah pasrah, Aisyah reda. Hukuman diterima dengan senang hati, tapi kenapa layanan Jebat padanya sering tak selari? Kata benci, tapi Jebat yang terlebih cemas bila dirinya ditimpa sesuatu. Sikap caring Jebat melebihi ego dan panas baran yang sering ditonjolkan. Aisyah keliru. Apa sebenarnya yang ada dalam hati Jebat? Benarkah dirinya dah tak bertempat langsung dalam hati Jebat Zulkarnain?