商品资料:
Description
内容简介
Kembalikan nostalgia bersama keluarga dan tetamu dengan menyediakan biskut-biskut tradisional hasil garapan resipi Chef Zubaidah, pakar masakan biskut dan pastri. Pelajari cara mudah menghasilkan 50 jenis biskut yang cantik, lazat dan hidangkannya bukan sahaja ketika musim perayaan, malah ia boleh dimakan bila-bila masa sahaja. Antara resipi yang dikongsi adalah Biskut Semperit Pandan, Biskut Makmur, Tat Gulung, Biskut Bangkit Santan dan pelbagai lagi.
Mengenali Chef Zubaidah bte Che Pa Chef Zubaidah melibatkan diri dalam bidang masakan dan pembuatan pastri sejak tahun 2000. Beliau pernah mengambil kursus-kursus membuat pastri dan dilatih oleh pakar-pakar bidang masakan. Dengan lebih daripada 10 tahun pengalaman dalam memberi kursus-kursus pembuatan pastri, Chef Zubaidah amat arif dalam pembuatan pastri seperti biskut, roti, puding, pencuci mulut, kuih talam, kuih tradisional Melayu dan pelbagai jenis kek. Malahan, Chef Zubaidah pernah menerbitkan beberapa buah buku masakan pastri seperti Jamuan Biskut, 40 Jenis Kek Stim dan Aneka Biskut Raya. Beliau juga pernah menerbitkan artikel-artikel dalam surat khabar Sinar Harian dan majalah Rasa Serta Saji. Selain membuat pastri, Chef Zubaidah juga pakar dalam mengajar jenis-jenis masakan seperti masakan tempatan, masakan Thai, masakan Cina, masakan Barat dan makanan sejuk beku Melayu. Kini, Chef Zubaidah memberi kursus-kursus membuat pastri dan masakan lain untuk orang-orang persendirian, pertubuhan dan kelab, institusi-institusi swasta dan kerajaan pada setiap hujung minggu. Anda boleh menghubungi Chef Zubaidah pada +6017-3787329 sekiranya anda mempunyai soalan-soalan mengenai resipi-resipinya.
文章试读
Kandungan 2 Mengenali Chef Zubaidah bte Che Pa 6 Asal Usul Biskut (Kuki) 8 Mengenali Jenis Tepung About Flours 10 Biskut Badam Ranggup 12 Biskut Samarinda 14 Biskut Belacan 16 Biskut Semperit Pandan 18 Biskut Cinta 20 Biskut Makmur 22 Biskut Suji Pandan 24 Biskut Pandan Delight 26 Biskut Oat dengan Coklat Oren 28 Biscoti 30 Biskut Coklat Fantasi 32 Biskut Coklat Oren 34 Biskut Kelapa Ceria 36 Biskut Semperit Kopi 38 Biskut Havana Sparkles 40 Biskut Cip Coklat 42 Tat Gulung Berkeju 44 Biskut Emping Jagung Emas 46 Biskut Coklat Polka Dot 48 Biskut Badam Bercoklat 50 Biskut Kacang Gajus 52 Biskut Badam Berhias 54 Biskut Mutiara Merah 56 Biskut Bangkit Santan 58 Biskut Kacang Hijau 60 Biskut Suji Aidilfitri 62 Biskut Coklat Bunga 64 Biskut Jejari Badam 66 Semperit Bonda 68 Gajus Impian 70 Biskut Kacang Hazel 72 Biskut Urai Coklat dengan Badam 74 Biskut Almond Bar 76 Tat Keju Hijau Epal 78 Biskut Coklat dengan Nestum Koko Krunch 80 Biskut Coklat dengan Nestum 82 Biskut Pistachio 84 Biskut Bakul Buah-buahan 86 Biskut Bakul Emping Jagung Cornflake Basket Cookie 88 Biskut Oren Delight 90 Biskut Lovely Sweet Heart 92 Biskut Oat dengan Bertih Jagung 94 Biskut Kepingan Badam Ranggup 96 Biskut Kelapa Ceri 98 Biskut Nestum Madu 100 Biskut Bar dengan Urai Coklat 102 Tat Gulung Berkacang 104 Biskut Shortbread Coklat 106 Biskut Bijan Hitam 108 Biskut Badam Sesuci Lebaran