商品资料:
Description
内容简介
Buku ini adalah nukilan Hjh. Nadzrah Sheh Omar, Mom No.1 Malaysia. Beliau telah menulis buku BESTSELLER "Membina Keluarga PROFAZZ" dan "Membina Keluarga PROFAZZ 2". Hjh. Siti Nadzrah lebih dikenali sebagai Ummi PROFAZZ telah berjaya mendidik 5 orang anak lelaki menjadi huffaz al-Quran dan pada masa yang sama mereka berkerjaya dalam pelbagai bidang professional seperti peguam, doktor, pengurus syarikat dan jurulatih motivasi. Fokus dalam buku ini ialah pendedahan Pengalaman, Tip dan Strategi untuk melahirkan ibu suri rumah yang hebat, ibu berkerjaya di rumah yang mantap, pilihan kerjaya dari rumah yang tepat, bagaimana menguruskan kewangan dan masa dengan cekap sehingga akhirnya terhasil lebih ramai SURI RUMAH PROFESIONAL: JUTAWAN DI RUMAH.