商品资料:
Description
内容简介
Pejabat Penyiasat Kelas 2-A diminta membantu menangkap Pencuri Misteri Mariott yang menyebabkan kekecohan di London. Yuuki, Shinnosuke dan Mitsugu terus bertolak ke London. Motif sebenar si pencuri adalah untuk mendapatkan berlian terbesar di dunia milik keluarga diraja British. Yuuki dan rakan-rakan menaiki kapal persiaran mewah bernama Queen Elizabeth di mana berlian itu diangkut tetapi apa yang berlaku selepas itu sangat mengejutkan...?! Kali ini, ahli Bokura bergabung bersama ahli Pejabat Penyiasat Kelas 2-A dan berdepan dengan pencuri misteri! Terimalah kisah penyelesaian misteri keenam siri 'Pejabat Penyiasat Kelas 2-A' untuk semua!
Dilahirkan di Tokyo dan membesar di wilayah Aichi. Pada tahun 1985, Osamu Souda menerbitkan karya 'Bokura no Nanokakan Sensou' yang menjadi titik permulaan siri popular paling laris berjudul 'Bokura'. Siri menceritakan kisah hidup pelajar sekolah.