商品资料:
Description
内容简介
Dunia ini pernah didiami oleh sejenis makhluk raksasa yang bernama dinosaur. Dinosaur telah menjadi penghuni bumi sejak kira-kira 160 juta tahun yang lalu. Tetapi dinosaur pupus dan lenyap daripada dunia ini secara tiba-tiba sejak 65 juta tahun yang lalu. Reptilia yang bersaiz gergasi ini hanya menjadi suatu misteri pada masa kini. Watak komik yang menarik dengan sesi Soal & Jawab, berunsur jenaka dalam cerita, memberikan jawapan saintifik dengan cara yang mudah difahami. Selain itu, bahagian akhir komik memaparkan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan penyuntingan bersistematik, agar pembaca dapat mengingati semula ilmu pengetahuan yang diperoleh melalui buku ini secara menyeluruh.