商品资料:
Description
内容简介
Doktor Zuhaira dan keluarga terpaksa berpindah ke suatu kampung yang terletak jauh di pedalaman. Zuhaira dihantar bertugas di klinik kerajaan di sana. Semenjak tinggal di kampung tersebut pelbagai peristiwa yang menakutkan dan menyeramkan terpaksa dilaluinya. Banglo lama yang didiaminya sering diganggu. Penduduk kampung tersebut hidup dalam ketakutan semenjak adanya gangguan hantu penanggal. Mak Esah yang merupakan bidan dan bomoh lama di kampung tersebut berdendam kerana penduduk kampung sudah tidak mempercayai khidmatnya lagi. Mak Esah yang mengamalkan ilmu hitam menjadi hantu penanggal apabila malam menjelang. Kepala hantu penanggal yang berterbangan mencari mangsanya setiap malam di kampung itu meresahkan semua penduduk. Ikuti pelbagai peristiwa menakutkan dan menyeramkan yang berlaku...
Dilahirkan pada 21 Mei 1969 di Kuala Lipis, Pahang dan kini menetap di Seremban. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dan pernah berkhidmat sebagai editor. Kini berjinak-jinak sebagai penulis buku cerita kanak-kanak dan novel remaja.