商品资料:
Description
内容简介
Jalal merupakan seorang pengamal perubatan tradisional yang telah banyak membantu orang ramai yang menghadapi sakit-sakit misteri seperti sihir dan santau. Dia bersama Karim, pembantunya telah diminta datang ke sebuah kampung untuk membantu mengubati anak ketua kampung yang sering dirasuk. Setelah berjaya mengubati Saniah, belum sempat mereka meninggalkan kampung itu, hantu puntianak telah menyerang dan membuatkan penduduk kampung hidup dalam ketakutan. Jalal dan Karim cuba menghapuskan puntianak yang telah membunuh ramai orang penduduk. Ikuti pelbagai peristiwa seram yang dialami mereka dalam usaha menghapuskan hantu puntianak tersebut.
Dilahirkan pada 21 Mei 1969 di Kuala Lipis, Pahang dan kini menetap di Seremban. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dan pernah berkhidmat sebagai editor. Kini berjinak-jinak sebagai penulis buku cerita kanak-kanak dan novel remaja.