商品资料:
Description
内容简介
Kampung Paya sebuah kampung yang aman selama ini menjadi huru-hara selepas kematian Pak Wahab. Pocong muncul di merata tempat dan mengganggu penduduk kampung selepas kematiannya. Ramai penduduk kampung yang dibunuh oleh satu lembaga hitam yang muncul setiap kali pocong tersebut menampakkan dirinya. Dua anak muda kampung tersebut, Mail dan Salim bertemu dengan seorang bomoh untuk menyelesaikan masalah tersebut namun keadaan menjadi semakin teruk selepas mereka menurut suruhan bomoh tersebut. Gangguan demi gangguan dan kematian demi kematian menghantui penduduk kampung...
Dilahirkan pada 21 Mei 1969 di Kuala Lipis, Pahang dan kini menetap di Seremban. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dan pernah berkhidmat sebagai editor. Kini berjinak-jinak sebagai penulis buku cerita kanak-kanak dan novel remaja.