商品资料:
Description
内容简介
Rizal dan Saidah bersama anak-anak mereka hidup susah di Kuala Lumpur. Oleh kerana tidak tahan diganggu oleh along dan ceti haram, Rizal mengambil keputusan menerima cadangan abangnya supaya menetap di kampung mereka. Semenjak mendiami rumah pusaka datuk mereka, pelbagai kejadian yang menakutkan telah berlaku sehingga anak kedua mereka, Rahmat ditemui mati tergantung di dalam tandas. Apakah misteri yang menyelubungi rumah pusaka itu? Mengapa makhluk-makhluk halus tersebut mengganggu keluarga ini? Ikuti pengalaman seram yang dialami keluarga ini bagi merungkai misteri RUMAH PUSAKA BERPUAKA.
Dilahirkan pada 21 Mei 1969 di Kuala Lipis, Pahang dan kini menetap di Seremban. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dan pernah berkhidmat sebagai editor. Kini berjinak-jinak sebagai penulis buku cerita kanak-kanak dan novel remaja.