商品资料:
Description
内容简介
Resipi resipi yang terkandung di dalam buku 101 Resipi Pengikat Kasih Keluarga membantu para ibu menyediakan hidangan buat seisi keluarga dalam masa yang singkat. Aneka resipi yang di sajikan buat pembaca di kategorikan kepada 9 bahagian untuk memudahkan pembaca membuat rujukan. 9 kategori resipi yang di sajikan di dalam buku ini adalah nasi, ayam, daging, ikan, lauk pauk, makanan barat, kuih tradisional, kek dan biskut. Buku ini menghidangkan pelbagai resipi dari hidangan klasik seperti nasi beringin Johor, rendang ayam , kerabu daging daun selom dan sambal tumis udang dengan petai sehingga ke resipi kontemporari melayu dan resipi adaptasi dari juadah asia ataupun barat seperti adobo ayam Filipina, daging giling pedas dan nasi ayam hainan. Kepelbagaian resipi yang di sediakan oleh Chef Fazalina pasti mempersonakan dan memikat hati seisi keluarga. Seiring dengan judul 101 Resipi Pengikat Kasih Keluarga, buku ini dapat mengikat dan mengeratkan kasih sayang seisi keluarga.
Saya bernama Fazalina Bte Haji Ismail. Saya dilahirkan dan mendapat pendidikan peringkat awal di Woodland, Singapura, melanjutkan peringkat menengah di Kelantan, dan ITM Johor. Arwah bapa saya berasal dari Segamat Johor, seorang bekas Tentera Laut Diraja Malaysia yang tegas dan disiplin. Ibu saya, Wan Fauziah bte Wan Yunos pula berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Saya mempunyai 10 orang adik-beradik. Keluarga kami memang suka makan dan ibu sering menghidangkan pelbagai juadah yang berlainan setiap minggu. Makanan barat telah kami kenali semenjak dari kecil lagi, selain makanan tempatan.
文章试读
"Kandungan NASI 18 Nasi Fitrah Kasih Mama 20 Nasi Minyak Pak Mertua 22 Nasi Beringin Johor 24 Nasi Mandhi Mudah 26 Nasi Lemak Jelutong 28 Nasi Ayam Hainan 30 Nasi Goreng Cendawan Berudang 32 Nasi Goreng Tom Yam Papa 34 Nasi Ulam Sri Ledang 36 Nasi Bubur AYAM 38 Gulai Ayam dengan Nangka Muda 40 Ayam Masak Asam Pedas Johor 42 Ayam Golek Mudah Ala Utara 44 Percik Ayam Kuning Puteri Saadong 46 Ayam Pong Teh Mak Nyonya 48 Manoq Panggang Apai Sarawak 50 Sambal Ayam Utara 52 Rendang Ayam Cili Api Paksu 54 Adobo Ayam Filipina 56 Ayam Szechuan DAGING 58 Daging Kurma 60 Gulai Daging Salai dengan Belimbing Buluh 62 Daging Masak Ungkep 64 Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Pucuk Ubi 66 Daging Goreng Nenda 68 Singgang Daging Kelantan 70 Sup Tulang Mudah 72 Stew Daging Keluarga 74 Stew Daging Kantonis 76 Kerabu Daging Daun Selom IKAN 78 Sup Ikan Merah Bonda 80 Kari Ikan Tenggiri Achi 82 Asam Pedas Johor Ikan Parang dengan Sayur Masin 84 Singgang Ikan Tongkol (Aya Mak Wan) 86 Ikan Siakap Kukus Bersama Halia dan Taucu 88 Ikan Duri / Mayong Masak Asam Pedas Singapura 90 Sambal Tomato Ikan Bawal 92 Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh 94 Ikan Baung Masak Lemak Kampung Segamat 96 Ikan Cencaru Goreng Kerutup Bondaku LAUK-PAUK 98 Udang Masak Kari Nanas Kapitan 100 Sambal Tumis Udang dengan Petai 102 Kerang Goreng Sambal Petis 104 Sotong Sumbat Berempah 106 Ketam Masak Lemak Dengan Belimbing Buluh 108 Ketam Masak Cili Berempah 110 Peparu Goreng Serai Mama 112 Kari Kobis Berudang Kapas 114 Sambal Tumis Terung Pipit dengan Ikan Bilis Mak Ngah 116 Tumisan Air Sawi dengan Bebola Ikan 118 Masak Lemak Tempoyak Pucuk Ubi dengan Petai 120 Pajeri Terung Bonda 122 Kerabu Taugeh, Tenggek Burung dengan Kerang 124 Kerabu Jantung Pisang Ikan Bakar 126 Kacang Panjang Goreng Hati dan Pedal Ayam 128 Kangkung Goreng Belacan 130 Sawi Jepun dengan Cendawan Shiitake Masak Sos Tiram 132 Kerutuk Daging Kelantan 134 Kari Ikan Kering Kurau 136 Sup Sayur Kering dengan Kentang dan Telur 138 Siput Sedut Masak Lemak dengan Keladi 140 Sardin Masak Lemak Bawang 142 Sotong Masak Asam Pelangi 144 Sup Taufu Jepun Dengan Cendawan Cina 146 Masak Lemak Telur Itik dengan Pucuk Ubi 148 Ikan Tenggiri Masak Kicap Puteriku 150 Sambal Totok Jawa 152 Sambal Belacan Tomato 154 Ikan Pari Bakar Bersambal 156 Botok Ikan MAKANAN BARAT 158 Quiche Sosej dengan Keju 160 Pai Ikan British 162 Linguine dengan Sos Kupang Berkrim 164 Ayam Panggang Mudah 166 Salad Kentang 168 Ayam Mozarella 170 Daging Giling Pedas 172 Daging Panggang 174 Salad Spiral dengan Tuna Mayonis 176 Coney Dog KUIH TRADISIONAL 178 Karipap Kentang 180 Bingka Labu Kuning 182 Talam Gula Merah 184 Kuih Kaswi Pandan 186 Apam Pisang Kukus 188 Kuih Serimuka Durian 190 Bingka Pandan (Kuih Bakar) 192 Bubur Mutiara Aneka 194 Kuih Ambon Kelate 196 Kuih Cucur Badak 198 Ubi Ketuk Goreng KEK 200 Kek Kukus Buah 202 Kek Muntiara Bonda 204 Kek Kukus Gula Hangus Ayahanda 206 Kek Keju Cheddar 208 Kek Marmar BISKUT 210 Biskut Samperit Retro 212 Biskut Makmur 214 Biskut Arab Bersusu 216 Biskut Tat Nanas 218 Biskut Mama Carey "